40 biasa 50 kadang-kadang 60 sedikit-sedikit 70 jarang-jarang 80 pelik sgt 90 diragui

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Musim peperiksaan sudah pun berakhir dan tiba giliran guru untuk berhempas pulas menanda kertas-kertas peperiksaan bagi setiap subjek yang diajar.

2. Kertas peperiksaan menggambarkan pencapaian murid terhadap pengajaran guru bagi kebanyakan pendapat dan kadang kala ada guru yang turut menyokong perkara ini.

3. Rendah markah murid maka rendahlah kualiti guru yang mengajar. Frasa sebaliknya jika pencapaian murid pada tahap yang tinggi.

4. Walaupun dasar kerajaan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah, tetapi pihak atasan akan menilai pencapaian dalam peperiksaan pusat semata-mata.

5. Perkara ini membuatkan guru-guru berkerja keras memberi fokus kepada subjek teras semata-mata berbanding subjek-subjek lain.

6. Oleh itu, guru akan melaksanakan kelas tambahan selepas sekolah, kelas tambahan hujung minggu, kelas tambahan cuti sekolah, kelas malam, kelas anjal dan kelas pecutan akhir. Terma-terma ini biasa kedengaran di sekolah sebagai penampung kepada subjek teras.

7. Sedar atau tidak kelas-kelas ini sebenarnya berjaya sebagai proksi untuk ibubapa dan anak-anak untuk mengejar pencapaian di atas kertas. Ibubapa akan terus mencari kelas-kelas tambahan di luar sekolah dan berbayar dan kadang-kala mencari guru pakar atau penanda untuk mencuri ilmu untuk peperiksaan.

8. Perkara yang dilentur sejak sekolah rendah akhirnya berjaya menjadi rutin ketika di sekolah menengah. Kadang kala bermula lebih awal sedangkan peperiksaan dan subjek ajar masih belum bermula diajar di sekolah.

9. Namun secara realitinya, murid hanya belajar untuk peperiksaan tidak mampu untuk mempamerkan keilmuannya apabila ditanya secara lisan dan spontan. Kadang-kala pengetahuan asas juga sukar untuk dizahirkan. Oleh sebab hal ini, PBS diperkenalkan oleh pihak penggubah dasar supaya penilaian adalah lebih adil dan saksama.

10. Untuk melatih murid mendapat markah tinggi boleh dilaksanakan dengan cara latih tubi sehingga mereka betul-betul mencapai KPI. Untuk melatih kemahiran, memerlukan jangka masa yang lama untuk menguasai bagi memenuhi KPI dan kriteria.

11. Oleh yang demikian, guru perlu merangka set pengajaran yang mengikut LATAR BELAKANG murid dahulu. Perkara ini penting bagi memastikan murid-murid menerima kemahiran yang sama pada cara yang berbeza. Khususnya untuk kelas yang mempunyai pelbagai tahap murid.

12. Melaksanakan PAK 21 bukan satu perkara yang menjadi kemestian dan BERKESAN untuk kebanyakan murid-murid. Tetapi, KOLABORASI antara murid adalah penting bagi mewujudkan KOMUNIKASI dan YAKIN DIRI murid pada masa akan datang.

13. Generasi yang mahu berubah adah generasi yang berani untuk mengubah cara daripada kebiasaan kepada sesuatu yang lebih baik untuk murid pada MASA HADAPAN. Mengubah cara persepsi daripada berorientasikan markah kepada penilaian kemahiran lembut.

14. Namun begitu, tidak boleh dinafikan faktor murid turut menjadi faktor keberkesanan pengajaran murid.

15. Pada akhir penulisan, dapat disimpulkan peperiksaan adalah penilaian untuk menggambarkan keupayaan murid untuk menzahirkan maklumat yang telah dipelajari. Namun, segelintir daripada mereka mampu untuk menzahirkan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan mereka.


Comments

Popular Posts