Menulis Hobi Dari Kecil
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Menulis adalah perkara yang sering dibuat sewaktu usia kanak-kanak. Contengan di dinding
adalah kertas besar bagi saya.
2. Kegemaranku adalah membaca komik yang dipinjam daripada rakanku. Tidak pernah ada peluang
membeli komik ketika kecil kerana tiada faedah kata orang tuaku.
3. Namun saya tetap mahu menulis. Menulis mampu membayang, berimaginasi tentang apa yang
saya rasa, yang lahir dari hati.
4. Saya mula berimaginasi melalui visual, menonton atau melihat gambar-gambar lalu dijadikan
sebuah cerita.
5. Komik kegemaran saya adalah berunsur triller. Nama seperti Conan dan Hajime Kindaichi adalah
tokoh kegemaran di kala kecil. Tidak lupa pada komik Doraemon yang menjadi kegemaran anak
kecil masa lalu.
6. Conan dan Hajime disimbolkan sebagai manusia bijak yang menggunakan akal secara kritikal dan
kreatif untuk menyelesaikan masalah. Doraemon adalah simbol kejuruteraan masa hadapan yang pada dahulunya tidak logik tetapi kini menjadi kegilaan.
7. Dragon Ball, Dr Slump adalah komik wajib disetiap rumah. Namun, ia bukan pilihan saya untuk
membeli. Unsur-unsur yang dipaparkan lebih mengagungkan kekuatan fizikal lebih daripada
mental.
8. Walaupun kesetaraan semua komik Jepun iaitu kelucahan, tetapi saya lebih gemar melihat jalan
cerita yang digarap oleh pelukisnya.
9. Apakah perkara yang menyebabkan penceritaan komik ini menarik? Mengambil masa yang lama
tetapi masih ramai yang mahu membacanya?
10. Kegilaan penceritaan panjang ini telah menjadi ikutan cerita-cerita di pawagam pada masa kini
yang mempunyai sambungan atau sequel. Seolah-olah akan lebih banyak cerita yang akan
dibentangkan pada masa akan datang.
11. Namun, apakah kita akan menonton atau membaca jika jalan cerita itu flat tanpa punya unsur-
unsur 'WoW' atau X-Factor di dalamnya? Sudah pasti tidak siapa yang mahu kerana perkataan ini
- Membosankan akan terpacul dari mulut kita.
12. Begitu juga dengan kehidupan kita, tanpa cabaran kita akan kekal selesa ditempat kita berada.
Perkara itu yang belaku dalam suasana Malaysia hari ini.
13. Sedar atau tidak contengan yang dibuat oleh kita pada dinding memaparkan sebuah simbol yang
mampu diadaptasi dalam kehidupan kita.
14. Daripada simbol menjadi huruf, menjadi frasa, menjadi ayat, menjadi cerpen, menjadi novel
semuanya dapat dikarang oleh kita bagi menentukan nasib kita di belakang hari. Tidak kira
penulisan zahir mahupun mental sudah tentu kita akan bertemu dengan tujuan kehidupan kita.
15. Secara signifikannya, merangka pelan adalah penting. Jika gagal, kita perlu merangka yang
terbaik untuk mencapai hasrat. Rugilah seseorang itu tidak merancang kehidupannya.
Sekian, Terima Kasih.

Comments
Post a Comment