Dahulu dan sekarang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Sedar atau tidak, kita kian hampir ke tahun 2020, tahun yang sangat ditunggu-tunggu oleh generasi X dan Y. Pada zaman tersebut, melihat lukisan kereta terbang adalah satu harapan yang menggunung bagi kanak-kanak sekolah.
2. Ketika itu, guru adalah pembekal ilmu pengetahuan kepada murid-murid yang mengamalkan pengajaran berasaskan guru. Oleh yang demikian, sumber yang catur oleh guru adalah amat penting bagi murid-murid.
3. Ketika itu, jaringan internet sangat terbatas dan jika ada pasti yuran sewaan sangat tinggi. Oleh itu, guru akan sedaya upaya mencari maklumat dari bahan media cetak bagi membina Alat Bantu Mengajar yang efektif bagi mencapai objektif pengajaran.
4. Kanak-kanak hanya sibuk bermain ketika di luar waktu sekolah. Aktiviti fizikal seperti memanjat pokok kelapa, berenang di parit atau memancing adalah aktiviti rutin bagi murid-murid ketika itu. Buku mungkin dibuka untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
5. Fasiliti-fasiliti yang terbatas turut menjadi faktor kepada murid-murid dan guru-guru untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
6. Zaman saling berganti dan kita tiba tahun 2018. Hari ini murid belajar melalui pelbagai sumber terutamanya menggunakan internet. Walaubagaimanapun, pendedahan kepada Internet kepada murid sekolah rendah perlu DIPANTAU dan DIBATAS.
7. Tidak menjadi kejutan melihat anak-anak seusia 1 tahun memegang telefon bimbit atau tablet untuk menonton youtube. Youtube punya kandungan yang TIDAK TERBATAS kepada kanak-kanak yang akan menganggu PEMIKIRAN SEPARA SEDAR kanak-kanak.
8. Tidak hairan jika kita melihat anak-anak lebih mudah menzikirkan lagu atau menari apabila dirangsang melalui lagu. Hal ini berlaku kerana mereka masih BELUM MATANG untuk MENILAI tujuan lagu atau hiburan itu didendangkan.
9. Di sekolah, murid-murid sering kali diarah guru untuk ke bilik ICT untuk tujuan PdPC atau kelas ganti. Bagi mengurangkan kadar pengunjung ke laman web tersebut, guru akan menyuruh murid untuk melaksanakan aktiviti yang dibekalkan dalam VLE atau melalui Edu Web kepada murid.
10. Hal ini berlaku kerana tindak balas minda mereka apabila berhadapan dengan komputer adalah fokus kepada HIBURAN. Perkara ini telah menjadi BARAH dalam pemikiran murid-murid. Oleh yang demikian, bagi mengalih fokus tersebut, guru sering membuat AKTIVITI TERARAH untuk mereka.
11. Aktiviti tersebut adalah aktiviti berpandu khusus kepada TOPIK PENGAJARAN. Subjek SEJARAH, GEOGRAFI adalah subjek pilihan untuk guru kepada mereka.
12. Sedar atau tidak dalam kalangan murid-murid masih tidak tahu ibu negara MALAYSIA mahupun siapa itu TUNKU ABDUL RAHMAN dan di mana letaknya NEGERI JOHOR. Kurang pengetahuan AM akan menyebabkan individu akan HILANG KEYAKINAN kepada mereka pada MASA HADAPAN.
13. Jika kita lihat hari ini, berapa ramai anak-anak BANGSA M menggunakan masa lapang mereka untuk MEMBACA? Berapa lama masa yang digunakan untuk habis membaca buku? Jika diberi pilihan, sudah pasti menyediakan telefon bimbit lebih mudah berbanding sebuah buku.
14. Tidak salah untuk memberikan telefon bimbit atau tablet kepada anak-anak tetapi perlu bagi kita mengenal pasti kandungan yang dilawati dan seharusnya dipantau dari semasa ke semasa dan bukan dibiarkan kepada mereka 100%.
Akhir kata, perbezaan generasi memberikan banyak peluang atau cabaran kepada guru-guru untuk mencatur metod terbaik khususnya dari aspek pendekatan dan penyediaan bahan untuk murid-murid.

Comments
Post a Comment