CATATAN : Cerita Orang Melayu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Masih tidak terlewat untuk diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia pada masa kini. Sedarilah pengorbanan itu punya maksud yang besar daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.
2. Cerita orang Melayu pada hari ini adalah mengungkai sejarah yang dipelajari di sekolah-sekolah tentang asal-usul tanah air yang pada jangkaan kita benar-sebenar-benar namun pada hal punya kekaburan yang mampu dipertikaikan.
3. Dalam buku sejarah, tidak dicerita secara menyeluruh akan asal-usul darah Melayu, apakah tanah Melayu itu pada asalnya hanya belukar-belukar, hutan-hutan dan gunung-gunung yang tiada penduduknya?
4. Adakah Parameswara merupakan manusia pertama yang menjejaki Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Raja Melaka yang menguasai empayar Nusantara? Dimanakah penduduk asal Tanah Melayu ketika itu dan mengapa tiada catatan sejarah tentang PENDUDUK SETEMPAT?
5. Rujukan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Salatus Salatin yang dikatakan menjadi rujukan dan dokumen yang digunakan oleh raja-raja dahulu sebagai dokumen dahwah Islamiah namun benarkah dokumen yang dimasa pada masa kini adalah setara ketika ianya ditulis.
6. Banyak perkara di Tanah Melayu yang dipesongkan oleh musuh-musuh Islam bagi mengalih ajaran agama Tauhid beserta dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Alam Melayu (Ruslaini, 1963).
7. Harus kita sedari, perancangan Dajal, Syaitan dan Jin itu adalah sangat halus dan dilaksanakan oleh penyembah-penyembah mereka bagi menyambut kehancuran 'ISLAM' dan kemenangan 'AL-DAJAL' yang suka kepada kehancuran mental dan nurani khususnya UMAT ISLAM.
8. Hikayat Tamim Ad Dari yang diketahui pernah berjumpa dengan makhluk Tuhan yang tinggi hingga ke awan dan matanya buta sebelah yang diikat rapi. Ditanya makhluk itu tentang perihal dunia kepada Tamim, disebut kebaikan dan kebajikan, maka menangis la dia dan sebaliknya apabila disebut kejahatan dan kecelakaan maka gembiralah dia.
9. Harus disedari pada hari ini, Tanah Melayu perlahan-lahan diserapi dengan unsur kejahatan dan kemaksiatan yang melampau-lampau. Kelalaian Umat Melayu terhadap perkara Lagha menyebabkan melupai akan perintah TUHAN yang UTAMA.
10. INGAT BAHAWA DOSA UMAT MELAYU LAKUKAN BERLAKU SEJAK ZAMAN RAJA-RAJA MELAYU KETIKA KHIANAT BERLAKU. KHIANAT YANG DILAKUKAN MENUMPAH DARAH YANG MENGGEMBIRAKAN SANG DAJAL.
Kesimpulannya, segala amalan baik perlu dilakukan dari sekecil-kecil hal kepada sebesar-besar perkara dengan penuh ikhlas. Kikis amalan jahat dari diri dari sebesar-besar hingga sehalus-halusnya. Maksiat dan Amalan Baik tidak boleh dicampur aduk kerana ia masih meragukan.

Comments
Post a Comment