ILMIAH : E-pembelajaran dalam Pendidikan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Bidang pendidikan merupakan salah satu agenda besar dalam Negara yang
mempengaruhi kualiti kehidupan dan status seseorang. Tanpa pendidikan, manusia
dianggap mundur dan tidak mampu bersaing dari segi tahap intelektual.
2. Pendidikan adalah proses penyampaian ilmu bagi membangunkan tahap
intelek serta meningkatkan tahap keyakinan manusia. Pengetahuan yang diterima
oleh pelajar diterima secara berstruktur yang akan mempengaruhi fizikal dan
behaviour pelajar (Hussin et al. , 2010).
3.Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia,
akses internet semakin meluas apabila syarikat-syarikat komunikasi menyediakan
perkhidmatan internet kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Kemudahan ini
membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan oleh pihak guru sebagai pengatur ilmu
bagi disampaikan kepada pelajar melalui medium ICT.
4.E-pembelajaran ditafsirkan sebagai sebuah pembelajaran yang mengandungi
e-pembelajaran tradisional (bacaan halaman hiperteks static) dan bukan
e-pembelajaran tradisional (Interaksi dengan avatar dalam dunia maya)
(Jamison,2008).
5.E-pembelajaran turut ditafsirkan sebagai penggunaan ICT bagi meluaskan
akses kepada pembelajaran dan meningkat dan menambah baik pengajaran dan
pembelajaran guru (Bullen,M, 2014).
6. Ia juga ditafsir sebagai pedagogi yang menggunakan teknologi web secara
mobil dan tidak mobil daripada halaman hiperteks kepada avatar dalam dunia maya
dan reality maya (VR) untuk tujuan penerimaan ilmu pengetahuan dan kemahiran (
Adam et al., 2016).
7. MOOCS adalah trend e-pembelajaran pilihan terbaik. MOOCS digunakan secara meluas dalam institusi
pengajian tinggi malahan banyak kajian mengenai MOOCS telah dilaksanakan (McAuley,
2013).
8. Hasil kajian mendapati MOOCS dan pengurusan pembelajaran menjadi pilihan
utama dalam trend e-pembelajaran (Helge et al. ,2014).
9. E-pembelajaran wajar dilaksanakan dari
peringkat universiti sehingga peringkat sekolah rendah supaya pengetahuan dapat
disampaikan dengan efektif melalui kepelbagaian sumber yang disusun secara
sistematik oleh guru.
Kesimpulannya, e-pembelajaran perlu dilaksanakan pada semua peringkat pendidikan bagi memenuhi keperluan penyebaran pengetahuan secara meluas dan terbuka. Pelaksanaan e-pembelajaran akan memberikan faedah kepada pihak murid mahupun guru.

Comments
Post a Comment