ILMIAH : Pendidikan 4.0 : Cabaran Baru Pendidikan (Induksi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Perubahan struktur masyarakat daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat industri bersama kepesatan teknologi maklumat dan inovasi dikenali sebagai era ekonomi 4.0.

2. Perkara ini mempengaruhi seluruh struktur masyarakat termasuk bidang pendidikan yang kini dikenali sebagai pendidikan 4.0. 

3. Leapfrog menamakan pendidikan 1.0 sebagai memenuhi keperluan masyarakat agraria, pendidikan 2.0 sebagai masyarakat industri, pendidikan 3.0 sebagai globalisasi dan pendidikan 4.0 sebagai inovasi (Harkins,2008). 

4. Pendidikan 1.0 adalah memenuhi keperluan masyarakat pertanian dimana pengetahuan dipindahkan daripada guru kepada murid menggunakan konsep dan pendidikan yang komprhensif. Murid akan fokus kepada penjelasan guru sebagai cara pembelajaran utama. 

5. Pendidikan 2.0 untuk memenuhi keperluan maysrakaat indusri dengan pengaplikasi konsep pembelajaran tetapi tidak berfokus kepada daya kreativiti murid. Pengurus pembelajaran memberi fokus kepada pembelajaran melalui teknologi sebagai alat dalam pekerjaan. 

6. Pendidikan 3.0 memenuhi keperluan keperluan masyarakat teknologi. Murid akan mencipta pengetahuan bagi menyokong pembelajaran kendiri. Pendidikan dalam era ini akan menggunakan teknologi pembelajaran dalam bentuk media digital dan media sosial.


7. Pendidikan 4.0 bertujuan untuk menenuhi keperluan masyarakat inovatif.  Pengurus pembelajaran perlu menolong murid dalam membangun kemampuan murid dalam mengaplikasikan teknologi baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat. 

8. Pengurusan pembelajaran perlu menggunakan sistem pembelajaran baharu dengan optimum bagi membolehkan murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk kehidupan dan bukan sahaja untuk membaca dan menulis. (Sinlarat, 2016). 

9. Bagi memenuhi keperluan ini, guru-guru, ibubapa dan murid-murid perlu mempersiapkan mental dan fizikal bagi mengharungi era pendidikan 4.0 yang bersifat lebih terbuka dan dinamik bagi melahirkan murid yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan masyarakat semasa. 

10. Inovasi yang menjadi kata kunci dalam pendidikan 4.0 perlu diaplikasikan oleh semua pihak bagi memastikan sekolah dapat melahirkan murid yang berdaya saing dari aspek pemikiran, teknologi, sahsiah dan ekonomi  bagi memenuhi hasrat negara untuk seiring dengan negara-negara maju di dunia. 

Sekian, Terima Kasih. 

Comments

Popular Posts