ILMIAH : Tidur untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

1. Pada hari ini bermula sesi persekolah bagi sesi penggal kedua tahun 2018. Pagi ini ramai anak murid yang tidak hadir khususnya tahap 1. Kemungkinan masih sedap berlena di katil hingga tidak sedar matahari hampir menongkah langit. 

2. Ketika perhimpunan, saya bertanya kepada murid tentang tiga waktu tidur yang berbeza yang bermula jam 9 hingga jam 11 malam. Terkjut apabila hasil pemerhatian mendapati mereka tidur lebih lewat melewati jam 12 malam. 

3. Apakah signifikan waktu tidur dengan murid umumnya? Tidur adalah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami oleh seluruh makhluk di muka bumi ini. Semua makhluk akan lena apabila tiba masanya dan masa tidur bagi setiap makhluk adalah berbeza-beza yang dipengaruhi faktor usia, biologi dan lain-lain.

4. Kesan bagi tidur yang mencukupi akan membuatkan mereka lebih bertenaga dan membuatkan perasaan gembira dan riang untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana kesan kekurangan tidur akan memberi kesan kesihatan kepada kita. 

5. Waktu tidur yang optimum bagi kanak-kanak khususnya adalah 10 hingga 11 jam bagi usia 5 hingga 10 tahun. 8 hingga 9 jam bagi usia 10 hingga 17 tahun. Seharusnya murid perlu tidur seawal jam 9 malam bagi memastikan mereka sentiasa bertenaga pada esok hari. 

6. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan, murid yang tidur lewat berada dalam keadaan yang letih dan hilang tumpuan sewaktu perhimpunan berlangsung. Kelihatan simptom-simptom mendagu, menguap dan merah mata. Perkara ini adalah perkara yang tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi pada permulaan sekolah bermula. 

7. Perkara ini disokong oleh Fallone (2001) menyatakan kurang tidur akan menimbulkan masalah tumpuan. Lumeg (2007) menyatakan kes obisiti turut berlaku jika mereka kurang tidur. Kajian dari Oxford Academic menunjukkan dewasa yang tidur awal jarang mendapat penyakit kemurungan. 

8. Bagi memastikan murid-murid tidur awal, ibubapa perlu mengambil inisiatif dalam merancang rutin masa tidur awal. Sebagai contoh, menggalakkan anak tidur awal dan membacakan buku untuk mereka supaya mereka terbiasa dengan waktu jtersebut sekaligus mempengaruhi masa biologi badan untuk berehat. 

9. Selain itu, ibubapa perlu memastikan telefon bimbit mereka diasingkan kerana telefon bimbit akan merangsang nuero murid untuk terus berjaga yang mampu memberi kesan kepada mata dan minda murid. 

Kesimpulannnya, tidur yang cukup sksn mempengaruhi mood dan keupayaan daya tumpuan murid. Seharusnya, murid sekolah rendah tidur awal seawal jam 9 atau 10 malam bagi menjamin masa tidur yang optimum. 

Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular Posts