ILMIAH : VLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Pendidikan pada masa kini beralih daripada pendidikan tradisional kepada pendidikan abad ke 21 yang menggalakkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran berasaskan murid adalah pendekatan yang boleh menyerap kemahiran PAK 21 dalam diri murid.
2. Salah satu perkara yang ditekankan dalam pedagogi masa kini adalah pembelajaran berasaskan internet khususnya melalui penggunaan VLE. VLE adalah kumpulan peralatan yang menyokong dari aspek pentadbiran akademik, pengajaran dan kajian menggunaan internet.
3. VLE perlu mengandungi perkara berikut iaitu maklumat, isi kandungan, komunikasi, penilaian dan pengurusan. Perkara ini bermaksud perkara-perkara ini perlu dimasukan dalam halaman yang dibina bagi sesi pengajaran.
4. Dengan integrasi peralatan yang disediakan dalam halaman VLE dan elemen-elemen dalam VLE sekaligus dapat mewujudkan sebuah pengetahuan konstruktuvis dimana murid membina pengetahuan dalam sesi pengajaran berdasarkan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
5. Dalam situasi sebenar di sekolah, peratusan penggunaan VLE khusus salah datu daerah di Johor menunjukkan kadar peratusan yang rendah yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Salah satu faktornya adalah masalah talian internet yang tidak baik.
6. Selain talian internet, guru juga tidak menggunakan VLE atas sebab terdapat beberapa matapelajaran yang tidak perlu menggunakan VLE dalam pengajaran dan menggunakan gaya pembelajaran tradisional.
7. Terdapat juga masalah panduan pelaksanaan dan penggunaan VLE dalam kalangan guru dan kurang latihan dalam menggunakan VLE . Perkara seumpama ini menyebabkan hala tuju pendidikan digital gagal dilaksanakan dalam negara kita.
8. Masalah talian adalah tanggungjawab guru ICT yang menjadi pegawai meja VLE Sekolah melakukan semakan teknikal mengikut rutin. Tanggungjawab di sini bermaksud guru ICT perlu melakukan speedtest terhadap talian, semakan komputer dan fasiliti untuk keperluan penggunaan VLE untuk murid-murid.
9. Terdapat guru yang menyatakan matapelajaran yang diajar tidak memerlukan penggunaan VLE kerana pembelajaran secara face-to-face adalah lebih mudah. Kesedaran guru terhadap VLE perlu ditanam kerana saban hari terdapat keluhan dalam karangan mereka yang penat mengajar seperti rutin harian.
10. Penyebaran penggunaan VLE juga tidak hanya didedahkan kepada guru ICT sahaja malahan ia perlu disebar luas untuk guru matapelajaran supaya mereka dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui halaman ini.
Kesimpulannya, VLE adalah salah satu platform pembelajaran terkini yang mampu mengubah senario pengajaran guru dan pembelajaran murid. Platform ini mampu mengubah senario dan gaya pengajaran guru yang memberi kesan positif kepada murid. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah khususnya VLE perlu dikaji dan diselesaikan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid.
Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment