Peperiksaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Pada mulanya, saya mohon maaf kerana lama tidak mengemaskini laman blog saya kerana komitmen-komitmen saya dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan masa kini adalah luas dan tidak terbatas hanya dalam bilik darjah sahaja.
2. Lebih-lebih lagi memikul tanggungjawab sebagai guru matapelajaran peperiksaan, sudah tentu memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga bagi memastikan murid-murid mencapai KPI yang ditetapkan.
3. Kepada guru-guru sekalian, ucapan tahniah kerana telah mendidik anak-anak murid dengan ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan kehidupan masa kini yang kian mencabar. Tanpa pengetahuan yang cukup, kemungkinan besar cabaran lebih besar untuk dihadapi.
4. Kepada murid-murid tahun 6 khususnya, ini adalah titik permulaan bagi menghadapi sebuah peperiksaan 'besar' yang 'memandu' masa hadapan untuk ditempatkan di SEKOLAH yang dikehendaki berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan UPSR.
5. Peperiksaan dalam pendidikan khususnya adalah aktiviti untuk menguji kemampuan daya pemikiran untuk diterjemahkan dalam bentuk jawapan-jawapan berdasarkan kehendak soalan.
6. Walaubagaimanapun, soalan masa kini lebih mencabar dengan adanya unsur K-Bat dalam soalan peperiksaan. Unsur ini lebih kepada soalan aplikasi yang mencabar pemikiran murid-murid dalam mencari jawapan.
7. Misalnya, matapelajaran Bahasa Melayu terdapat soalan berkaiatan dengan jumlah perbelanjaan sebuah isi rumah.Soalan ini mencabar keupayaan berbahasa dan daya matematikal murid memaparkan jawapan yang betul.
8. Bagi mengatasi masalah ini, seharusnya murid-murid lebih terdedah kepada soalan-soalan seperti ini yang diambil asas daripada BUKU TEKS KPM. Soalan-soalan yang dibina mengikut TAHAP MURID oleh pihak GURU.
9. Guru adalah individu yang paling hampir untuk menganalisis KEPERLUAN, KEMAMPUAN DAN KEMAHIRAN MURID dalam menjawab soalan. Dengan meneliti keperluan tersebut, guru akan merangka PELAN TINDAKAN mengikut keperluan INDIVIDU.
10. Namun persoalan yang timbul adalah dengan kapasiti murid yang ramai dalam satu kelas, bagai mana guru perlu melaksanakan analisis tersebut. Satu perkara yang boleh dilakukan adalah UJIAN PRA berkaitan dengan matapelajaran ajar.
Kesimpulan, peperiksaan adalah pengujian kepada murid mengikut instrumen yang pelbagai sama ada secara terus mahupun berbentuk aplikasi. Dalam memastikan murid mampu memenuhi keperluan soalan, guru perlu bertindak sebagai jurulatih dalam menajamkan kemahiran berdasarkan analisis individu yang mengunakan instrumen cadangan iaitu ujian pra.

Comments
Post a Comment