Berlalu sudah....
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Sudah dua hari peperiksaan UPSR berlalu, segala penat lelah guru dan murid-murid tahun 6 sepanjang tahun berakhir sudah. Tekanan demi tekanan yang dilalui oleh individu-individu di saantero Malaysia untuk memastikan pencapaian tahun ini dapat digapai mengikut kehendak pentadbir.
2. Jika diimbas, sepanjang perjalanan untuk menghadapi peperiksaan ini, kebanyakan sekolah 'menghalalkan' perlanggaran 'peraturan' biologi guru atau murid untuk belajar dari pagi, bawa ke petang dan kadang-kala ke malam. Ada ketika hujung minggu menghadiri kelas tambahan atau bengkel. Tidak kurang sekolah yang memohon cuti sekolah agama semata-mata peperiksaan UPSR.
3. Ungkapan "Fikirkan penat sekarang nanti lepas exam, baru merdeka." atau "Jangan ponteng, ini je masa yang ada. Lepas ni, kalau awak tak nak datang pun tak apa." merupakan ungkapan yang kerap muncul oleh guru. Ada juga " Kalau semua lulus, saya belanja KFC." sebagai satu janji hadiah kepada murid-murid sebagai keraian atas kejayaan.
4. Kadang-kala ada suara nakal anak murid zaman moden membalas, "Cikgu, saya nak iphone. paling cikai pun Samsung note 9" . Pening si guru nak membalas komen anak-anak zaman sekarang yang sangat 'manja' oleh semua pihak.
5. Itu cerita perjalanan sebelum peperiksaan. Kita beralih pada cerita guru pula. Ada sekolah yang menggerakkan semua guru untuk memastikan murid tahun 6 diberi keistimewaan. Alasan, mereka akan menduduki peperiksaan. Tugas mereka tidak lebih dari belajar, latihan, ujian dan menghafal formula matematik selain memenuhi keperluan asas iaitu makan. Aktiviti fizikal atau ko-kurikulum dikecualikan serta merta bagi memberi tumpuan terhadap UPSR.
6. Ada ketika saya bertanya kepada anak murid melihat mereka dikecualikan dari aktiviti sukan, semua menunjukkan riak wajah sedih. Bagi mereka, mereka mahukan sedikit kegembiraan dan pada saya membenarkan mereka menari aerobik adalah memadai supaya mereka aktif pada awal pagi. Sekali gus, kita menafikan hak kanak-kanak iaitu bermain.
7. Ketika murid-murid sibuk belajar, guru-guru sibuk menyediakan bilik peperiksaan, dokumen-dokumen calon, pelaporan PBS dan lain-lain. Yang menyediakan sarapan, membeli makanan senang kata semua warga sekolah akan bergerak untuk memastikan urusan murid lancar supaya kekal fokus untuk menjawab soalan peperiksaan.
8. Tidak kurang bacaan yassin dan solat hajat sama ada pihak guru atau ibubapa yang lakukan. Mereka 'anak emas' ketika peperiksaan UPSR berlangsung. Makan minum disedia, kotak alat tulis disedia, jika diberi peluang, mungkin baju juga disediakan khusus untuk peperiksaan ini.
9. Apabila selesai, jeritan Merdeka dilaungkan. Saya agak sudah tentu setiap masa mereka melihat jam mengira detik untuk peperiksaan tamat. Peperiksaan seperti sebuah penyiksaan bagi murid-murid tidak lagi mengira konsep mengeluaran output, pasti padah bukan kepada keputusan tetapi masa depan murid.
10. Laungan itu membuatkan saya mengimbas ketika saya selesai pengajian. Kosong dan bingung kadang kala mengimbau kenangan ketika belajar. Mungkin itulah perbezaan antara kanak-kanak dan dewasa.
Kesimpulannya, belajar merupakan sebuah proses pembelajaran yang menyeronokkan walaupun ia berlaku secara santai. Mencapai kemahiran dan objektif pembelajaran bagi memastikan mereka belajar sesuatu untuk masa depan mereka. Kertas peperiksaan bukan menentukan kejayaan kehidupan mereka. Ia sekadar penentu kepada peluang yang lebih terbuka luas dan ia bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Comments
Post a Comment