Book Review : I'm A Backpacker: New Zealand

Assalamualaikum dan salam sejahtera

I'am Backpacker : New Zealand


Tajuk buku : I'am A Backpacker: New Zealand
Pengarang : Trip Adik Beradik
Tarikh Terbit : 2015
ISBN : 978-967-369-353-5
Penerbit : Puteh Press
Jumlah Muka surat : 216 muka surat

Umum 
Hari ini kita akan berkenalan dengan sebuah negara pulau yang kedudukannya berhampiran dengan Australia iaitu New Zealand. Bagi rakan-rakan yang berminat untuk melancong, selain keindahan tanah air, New Zealand adalah lokasi yang sesuai untuk dilawati.

Peta Negara New Zealand

New Zealand juga terkenal denan sukan terutamanya ragbi. Pasukan ragbi yang terkenal di seantero dunia , All Blacks adalah juara dunia ragbi sebanyak 3 kali. Bagi peminat sukan ini, pasukan ini sudah tentu biasa menjadi buah mulut kerana kehebatan dan kemegahan dalam sukan ini.

Tarian Hakka ~ Tarian Semangat sebelum perlawanan bermula

Kandungan Buku 
1. Pada awal kandungan, pengarang memperkenalkan kepada pembaca tentang sejarah negara ini. Tanah bekas jajahan British ini dikenali sebagai Nova Selandia turut mempunyai nama-nama lain seperti Statent Landt, Niew Zeeland dan Aotearoa. New Zealand bukan sahaja rumah kepada orang-orang putih namun ia juga rumah kepada masyarat Mouri (Bukan dalam Detektif Conan ye...)  yang sangat peramah dan mesra kepada tetamu yang hadir ke negara mereka.

Muka garang tapi dalam hati ada taman...
2. Dalam buku ini juga diterangkan tentang persediaan bagi melancong ke sana. Beberapa faktor perlu diambil berat iaitu visa dan imegresen, pakaian dan bagasi, pengangkutan, penginapan dan lapangan terbang. Bahagian ini, pengarang telah menyarankan beberapa alternatif untuk ke sana dalam bentuk infografik dan gambar.

3. Ketika mengembara melihat negara orang, perkara utama setiap muslim iaitu solat tidak seharusnya diabaikan. Tidak semua lokasi mempunyai kemudahan solat seperti di Malaysia. Oleh yang demikian, pengarang mencadangkan beberapa lokasi masjid untuk dilawati. Jika tiada kemudahan tersebut, bersolat di kawasan lapang juga boleh dilaksanakan. Untuk mengetahui waktu solat, aplikasi Muslim Pro boleh dimuat turun dalam telefon bimbit kita.

Jangan Lupa Solat ye...Lokasi di New Zealand

4. Makanan adalah perkara utama untuk manusia. Seperti di Malaysia, New Zealand juga banyak makanan. Untuk pengetahun susu fernleaf tu 100% berasal dari sini. (Bentuk daun fernleaf tu memang sinonim dengan All Blacks dan All Whites). Tetapi untuk mencari makanan halal memang memerlukan kesabaran untuk mencarinya. Yang menariknya, di sini terdapat satu seksyen khas yang dikenali sebagai "Asian Food" yang bertujuan memudahkan pelancong khususnya yang beragama Islam untuk membeli bahan masakan berstatus Halal.

5. Apabila melancong ke sana, sudah tentu kita hendak pergi banyak tempat. Hal ini kerana kita bukan penduduk tetap di sana dan seharusnya peluang keemasan ini dilepaskan dengan duduk di hotel sahaja. Pengarang turut menyediakan cadangan lokasi menarik di New Zealand sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar.

6. Pengarang turut menyediakan itinerari lengkap (Pelan perjalanan) untuk lapan hari perjalanan. Kawasan-kawasan meliputi kedua-dua kawasan yang dinyatakan. Sudah pasti dengan cadangan ini perjalanan kita di sana lebih mudah. Rakan-rakan juga boleh merujuk rakan lain untuk mendapatkan nasihat perjalanan di sana.

7. Beberapa cadangan lokasi untuk dilawati seperti church of good Sheperd, Lake Tekapo, Queenstown, Milford Sound, Dunedin, Te Anau dan North Island. Untuk mendapatkan makluamt yang lebih lanjut, rakan-rakan boleh rujuk di laman web tetapi perlu mendapatkan nasihat daripada orang pernah ke sana.

8. Satu pengalaman yang harus dicuba, pengembaraan menggunakan caravan. Apa tu caravan? Macam van ke? Besar macam Exora ke? Caravan ini kenderaan yang mempunyai ruang khas untuk berehat. Kita boleh tidur dengan lebih selesa berbanding berehat secara berkhemah. Dahulu caravan ni, terasing dari kenderaan tetapi sekarang bentuknya lebih futuristik.

9. Apa yang best melancong guna caravan di Sana? Ianya bersaiz besar! Bukan setakat boleh tidur, malah boleh memasak, mempunyai meja makan keluarga siap ada pendingin hawa! Wow! Selain dapat pengalaman memandu di sana, eksplorasi di sana sudah tentu tidak terbatas dengan jadual jika kita melancong melalui agensi pelancongan.

Haa nampak tak caravan macam mana? Sikit je bagi tengok

Penutup 

Kepada pengembara, pelancong atau kaki where-i-love-to-go, buku ini harus menjadi bekalan anda untuk ke New Zealand. Layari internet dan search  New Zealand, sudah pasti paparan pemandangan flora dan faunanya pasti muncul terutamanya lembu-lembunya. Kawasan bandar atau luar bandar harus dilawati. Jika ada peluang untuk memandu caravan, apa salahnya kita cuba? Di Malaysia jarang kita jumpa, maka kita cuba benda baru yang boleh jadi pengalaman bermakna kepada kita.

Cepat dapatkan segera buku ini. Last tengok tinggal satu jew kat rak buku Popular bookstore. Tak mahal. Sekian, terima kasih


Jom beli buku ni

Comments

Popular Posts