Book Review : Kisah-kisah Al Andalus
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tajuk Buku : Kisah-kisah Al Andalus : Iktibar Dari Tamadun Silam Al-Andalus
Pengarang : Alif Fitri
Tarikh terbit : 2018
ISBN : 978-967-5391-82-8
Terbitan : Hijjaz Record Publishing
Jumlah muka surat : 213 muka surat
Segera dapatkan di seluruh kedai buku berhampiran anda. Sekian, terima kasih
Tajuk Buku : Kisah-kisah Al Andalus : Iktibar Dari Tamadun Silam Al-Andalus
Pengarang : Alif Fitri
Tarikh terbit : 2018
ISBN : 978-967-5391-82-8
Terbitan : Hijjaz Record Publishing
Jumlah muka surat : 213 muka surat
1. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah dan kisah-kisah dari tanah Andalus. Dalam bahagian sejarah, terdapat tiga bahagian iaitu Apakah Andalusia, Senarai Pemimpin Andalusia dan Garis Masa Sejarah Islam di Andalusia. Manakala dalam bahagian kisah, disenaraikan 25 kisah iktibar dari situ.
2. Dalam bahagian sejarah, pengarang memperkenalkan kawasan Andalusia yang merupakan tanah jajahan Islam suatu ketika itu, asal usul nama Andalusia serta tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembinaan negara tersebut. Pengarang juga memaparkan infografik tentang pemimpin dan garis masa Andalusia wujud sehingga kejatuhannya.
3. Bagi ahli sejarah atau peminat sejarah, buku ini memberi peluang kepada mereka untuk mengkaji dan menghubung kait sejarah dunia dengan Andalusia yang sejarahnya masih kurang dieksplorasi. Jika ditanya tentang Malaga, Sevilla, Barcelona, Zaragoza, sudah pasti yang terbayang dalam pemikiran adalah kelab-kelab bola sepak walhal sejarahnya lebih besar daripada sebiji bola sepak.
4. Dalam bahagian kisah-kisah pula, terdapat 25 kisah yang diketengahkan oleh pengarang. Kisah-kisah ini mengetengahkan kisah tentang nilai kemanusiaan, etika kehidupan, kepimpinan dan perhubungan antara manusia. Kisah-kisah ini harus dibaca dan dinilai oleh para pembaca secara kritis. Menghubungkaitkan kisah terdahulu dengan situasi semasa serta menilai detik-detik yang telah berlaku adalah yang disarankan.
5. Saya tertarik dengan kisah 7, dimana Khalifah Al Hakam amat mencintai keilmuan dengan membeli buku Abu al-Faraj pada bilangan yang banyak. Beliau juga membesarkan masjid bagi tujuan penyebaran ilmu. Membina perpustakaan dan Universiti Cordova merupakan universiti termasyur pada abad tersebut. Atas kecintaan ilmu, wang yang diperoleh digunakan untuk membeli buku ilmu. Mengapa kita pada hari ini sanggup mengutamakan hiburan berbanding ilmu pengetahuan?
6. Selain itu, pada hari ini sebahagian besar kita amat menyukai jawatan tinggi dan gemar kepada kuasa. Namun, adakah kita benar-benar bersedia untuk menjadi pemimpin atau sekadar 'bos' sahaja?
Dalam kisah 5, dikisahkan akhlak seorang pemimpin yang sanggup merendahkan ego sebagai seorang pemimpin dengan menerima kritikan dengan cara yang berhemah. Disamping itu, rakyat harus mengikuti dan menghormati pemimpin selagi tidak mencabuli batasan syarak.
7. Dalam kisah 15, bagaimana dikisahkan seorang pemimpin Islam yang 'hilang' nilai Islamnya dalam setiap perkara. Menentang pemimpin Islam lain malahan mengenakan cukai kepada orang Islam sahaja ketika kekuasaannya. Perkara ini memaparkan apabila hilang jati diri keagamaan dalam diri seorang Islam, dia akan mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir negatif. Ironinya, ion negatif adalah lengai dan paling mudah untuk diserapi. Begitulah manusia pada masa ini, yang sangat terdedah dengan perkara Negatif yang mengubah norma manusia.
8. Kehidupan kita, secara umumnya tidak sahaja merangkumi satu kaum atau bangsa sahaja. Di Malaysia sahaja, kita mempunyai pelbagai etnik, agama dan bangsa mampu dan berjaya membangunkan sebuah negara yang harmoni dan aman. Kisah 16 memaparkan bagaimana seorang bangsa Yahudi-Arab hidup dalam sebuah negara Islam tanpa mendiskriminasikan hak asasi mereka. Kepimpinan Islam yang sering berserah kepada-Nya dan Rakyatnya yang dijaga haknya, menjadikan negara itu diberkati sekaligus meluntur hati nurani mereka yang bukan Islam. Namun, di Palestin perang ini sering berlaku dan menafikan hak sebagai penduduk tetap negara tersebut, di Myanmar dimana etnik Rohingnya dibunuh dengan kejam tanpa mengira usianya. Apakah dunia pada hari ini mulai hilang berkatnya? Kerosakan adalah sesuatu yang bertentang dengan Islam.
9. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, sudah pasti berakhir dengan perkara yang indah mahupun menyedihkan dan ia disulami dengan air mata biasanya. Di Jepun, jika sesuatu perkara yang memalukan berlaku, mereka akan bertindak untuk berundur dan biasanya mereka akan melakukan upacara 'Bunuh Diri'. Kisah 25 dipaparkan bahawa seorang raja yang terpaksa menyerahkan kota Andalusia kepada sang Raja dan Ratu Sepanyol setelah bermati-matian negara itu dipertahankan oleh nenek moyang baginda. Berdirinya disuatu di bukit sambil menangis atas apa yang telah berlaku dan meneruskan kehidupan sehingga akhir hayatnya.
10. Pada permulaan dan akhir buku ini disertakan syair-syair karangan sasterawan arab yang menyanjungi Andalusia. Suka duka yang berlaku di Andalusia seharusnya perlu dijadikan pedoman kepada kita bagi menjalani kehidupan tanpa melampaui batasan syarak dan hukum agama.
Buku ini harus dimiliki dan dibaca oleh para pencinta ilmu. Kandungan ringkas dan padat dalam setiap kisah yang ceritakan menjadikan ia sebuah kisah yang menarik untuk difahami. Pada akhir setiap cerita disertakan dengan kesimpulan membolehkan kita memahami kandungannya. Don't judge the book from its cover. Walaupun ia nampak tebal, tetapi ia berbaloi untuk kita hayati.



Comments
Post a Comment