BOOK REVIEW : I'M BACKPACKER : JAPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom teroka negara Jepun
Tajuk Buku : I'm Backpacker : Japan
Pengarang : Kamal Zharif
Tahun terbit : 2017
ISBN : 978-967-369-348-1
Penerbit : Puteh Press
Jumlah muka surat :240 muka surat

Umum 

Salah satu asia negara yang menarik untuk dilawati oleh kita :- Jepun. Negara yang dikenali dengan nama matahari terbit dan samurai biru memang sinonim dengan negara ini. Negara ini juga terkenal dengan animasi-animasi seperti Doraemon, Shinchan, Naruto dan Bleach, bukan sahaja menampa nama di negara kita malah sampai ke benua yang lain. Archipelago Jepun terdiri daripada empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyusu menjadikan ia satu lokasi yang sesuai untuk dilawati.

Senang betul bendera Jepun, tak perlu banyak warna
Terdapat 47 wilayah dalam negara ini. Jumlah penduduk di sini adalah 126 juta (pada tahun 2016) yang meliputi semua wilayah. Kebanyakan penduduk tertunpu di kawasan pesisiran pantai. Jepun juga terkenal dengan jenama kereta seperti Honda, Toyota, Mitsubishi dan Mazda yang sering dipandu di negara kita. Oleh sebab pembangunan industri berat Jepun, Perdana Menteri kita, Tun M mengubal 'dasar pandang ke timur' untuk dicontohi oleh rakyat Malaysia.

Harap motor ni tak masuk pasaran Malaysia...segan nak tunggang.

Kandungan Buku

1. Pada awal buku ini, pengarang menyatakan beberapa fakta tentang negara Jepun dalam bentuk grafik. Gambar dan sedikit keterangan menjadikan ia mudah difahami dan diterima oleh pembaca. Selain itu, pengarang juga memilih untuk menerangkan tentang sebuah bandar yang terkenal di Jepun iaitu Tokyo. Diterangkan tentang latar bandaraya ini yang merupakan sebuah bandar nelayan sehingga menjadi ibu negara pada zaman pemerintahan Meiji.

Infografik tentang Tokyo...bestkan?

2. Dalam bab seterusnya, diterangkan tentang sifat-sifat Masyarakat Jepun. Walaupun terdapat banyak tetapi lapan sifat utama yang diterangkan antaranya menjga kebersihan, tidak menggemari suasana bising, pemberian hadiah dan menghormati privasi. Perkara ini perlu diketahui oleh para pelancong sebelum ke sini supaya kita mendapat layanan yang terbaik oleh mereka. Digalakkan untuk meminta panduan daripada pemandu pelancong jika melancong kali pertama ke sini.

Jangan korang buat dua-dua sekali...kena maki nanti..hahaha

3. Bahasa dan sistem tulisan Jepun dikatakan dipinjam daripada bahasa Cina bagi memudahkan urusan komunikasi masyarakat Jepun. Walaubagaimanapun, ia bukan daripada keluarga bahasa yang sama. Tulisan Jepun pula terdiri daripada tiga jenis iaitu hiragana, katakana dan kanji. Di Jepun juga, tatasusila berbahasa juga perlu difahami kerana lain situasi lain gaya bahasa yang digunakan.

Korang boleh la trainning bercakap Jepun dulu...mana tau jodoh mu di Jepun..Ecewah
  4. Jepun adalah negara empat musim dan perkara ini memberikan faedah kepada para pelancong untuk memilih musim mana yang hendak mereka kunjungi. Setiap musim mempunyai pro dan kons dan pelancong perlu bersedia sebelum ke sana. Bagi setiap musim yang dinyatakan, disertakan panduan-panduan pakaian, aktiviti dan tips tambahan.

5. Walaupun pada awal diterangkan serba ringkas tentang negara Jepun, dalam bab seterusnya diterangkan lebih lanjut tentang negara ini. Diceritakan tentang faktor demografi, sifat penduduk, kepahlawanan, sistem tertutup, amalan buishido dan 'simple and nice'. Sejarah yang dinyatakan seharusnya dijadikan pedoman kepada kita selain menyelami pemandangan indah di sini.

6. Untuk ke sana, pengarang menceritakan tentang perkara-perkara yang penting sebelum ke sana. Perkara asas seperti kenderaan, tiket penerbangan dan tukaran wang disertakan. Yang paling menarik dalam bab ini adalah tempat penginapan di Jepun. Seperti dalam buku-buku pelancongan yang lain, hotel dan asramah adalah tempat penginapan yang biasa. Namun di Jepun terdapat hotel kapsul, hotel bisness dan cafe manga yang turut menyediakan perkhidmatan ini.

Ada hotel rare di Jepun...boleh cuba kalau ke sana

7. Restoran halal di Jepun semakin bertambah bilangan memandangkan Tokyo akan menjadi tuan rumah sukan olimpik 2020. Walaubagaimanapun, harga makanan di restoran tersebut lebih mahal dan masih perlu diselidik terlebih dahulu walaupun terdapat logo halal di hadapan restoran. Walaupun ada kedai yang muslim friendly, tetapi jika ragu-ragu digalakkan untuk mengelak.

8. Kalau siapa pernah menonton anime Shin Chan, terdapat episod tentang pengasingan sampah. Situasi itu adalah perkara benar yang berlaku. Pengasingan sampah perlu dilakukan dan ia dikutip mengikut jadual lori sampah. Kalau di Malaysia, kita kena asingkan ikut tiga kategori, kat sini ada lima kategori! Jika kita gagal untuk berbuat demikian, sampah kita tidak akan dikutip oleh mereka tambahan pula pada beg sampah ada nama dan alamat rumah. Malu weh sampah tak kutip!

Asing jangan tak asing...nanti tak kutip


9. Sudah tahu tatasusila ditempat orang, pengarang menerangkan tempat-tempat yang perlu dilawati ketika di sana. Walaubagaimanapun, pengarang lebih fokus kepada bandaraya Tokyo dan pelancong boleh berkunjung beberapa lokasi seperti istana, muzium dan tempat tradisional, taman dan bangunan, tempat membeli belah dan taman tema. Setiap lokasi diterangkan akan keistimewaan dan waktu operasi dan bayaran masuk ke tempat-tempat tersebut. 

Satu je bagi tunjuk...yang lain kene beli sendiri

10. Sumber-sumber untuk melancong sangat luas dan pelbagai. Jika dahulu, saya berangan untuk ke sana, merancang secara kasar akan belanjawan dan bagaimana masa harus digunakan sebaik mungkin. Dalam buku ini telah disertakan pelan perjalanan yang boleh dijadikan rujukan bagi pelancong kali pertama. Semoga rujukan ini membolehkan eksplorasi pada masa akan datang lebih menarik. 

Siap dah ada contoh jadual perjalanan...seronokkan?

Penutup 

Pengaruh Jepun telah lama diserap di negara kita. Bermula dengan makanan seperti sushi, kini kedai-kedai ala Jepun bertapak dikebanyakan pusat membeli belah. Jadi apa salahnya, kita mula mengumpul sedikit modal untuk mengembara ke negara matahari terbit ini. Sambil menyelam sambil minum air, kita dapat belajar tentang tatasusila masyarakat Jepun yang boleh kita jadikan amalan dalam kehidupan kita. 








Comments

Popular Posts