BOOK REVIEW : I'M BACKPACKER: KOREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negara winter sonata...siapa tahu?

Tajuk Buku : I'm A Backpacker : Korea
Pengarang : Halian Azurin
Tahun terbit : 2015
ISBN :978-967-269-304-7
Penerbit : Puteh Press


Umum 

Negara yang masih kekal dikenali dan dilawati oleh rakyat Malaysia :- Korea. Korea ada dua, tetapi untuk buku ini kita akan fokus kepada Korea Selatan. Demam Korea Selatan ini bermula dengan movie Winter Sonata yang menjadi kegilaan anak-anak remaja Malaysia ketika itu. Bermula dari cerita itu, negera ini dikenali sehingga hari ini. Malahan ia menjadi satu destinasi pilihan untuk bercuti bersama dengan yang tersayang. Pada hari ini, muncul pelbagai kumpulan penyanyi yang lagu-lagunya boleh didengari di corong-corong radio malah ada yang mula belajar berbahasa Korea.

Ini bendera Negara Korea Selatan

Kandungan Buku 

1. Pada awal buku, diterangkan kedudukan negara Korea yang bersempadan dengan negara China dan Jepun. Diterangkan perbezaan antara Korea Utara dan Korea Selatan yang ditadbir oleh pemerintah yang berbeza. Terdapat 16 negara yang terdapat dalam negara ini. Nama-nama seperti Pulau Jeju, Busan dan Seoul adalah negeri yang menjadi tumpuan pelancong ke sini. 

2. Dalam buku ini, seperti dalam buku-buku sebelum ini, satu lokasi yang sering dikunjungi menjadi fokus dan dalam buku ini ialah Seoul. Seoul adalah bandar-bandar berstatus tinggi antara bandar-bandar di Korea. Jika hendak tahu apakah makna disebalik perkataan Seoul itu, kena dapat buku ini segera. 

Dalam peta ni, mana pilihan anda?

3. Baik, part yang paling seronok untuk setiap orang :- duit. Duit Korea ni ada dua jenis, sama macam kat mana-mana negara syiling dan not. Setiap jenis ada empat nilai wang, yang not bermula dengan 1000 won, 5000 won, 10000 won dan 50000 won. Syiling pula, nilai paling kecil ialah 10 won dan yang paling tinggi ialah 500 won. Untuk makluman, harga semasa bagi 1 Won kepada RM ialah RM 0.0037. So, siapa-siapa yang nak ke sana, bersedia untuk tukar duit kat Malaysia. 

Matawang kat Korea...jangan salah beli ye.

4. Korea juga adalah negera empat musim sepanjang tahun. Kelebihan ini menjadikan masyarakat Korea yang  gemar berfesyen dan bergaya. Jadi, untuk ke Korea, kita sendiri yang perlu tentukan musim bila masanya untuk ke sana. Terdapat tiga perkara yang perlu dititik beratkan ketika travel iaitu ubat-ubatan, losyen dan insuran pelancongan. 

5. Pengarang menerangkan tentang kemahiran untuk survive di Korea. Diterangkan tentang tempat penginapan yang boleh dikunjungi, cara pertukaran wang, cara komunikasi. Bahagian yang paling utama ialah cara-cara untuk ke Seoul apabila tiba di Lapangan Terbang Incheon. Bahagian ini diterangkan kenderaan dan harga yang boleh dipilih oleh kita sekiranya ke sana. 


Mudah nak faham..dalam bentuk jadual

6. Ok kita move ke bahagian makanan. Bak kata pengarang, takkan sepanjang kehidupan di Korea hanya makan Samyang je? Makanan memang perkara yang amat dititik beratkan oleh Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Baik, untuk pengetahuan semua, Itaewon Street adalah tempat yang paling mudah untuk mencari restoran atau kedai makan halal. So, boleh try semua tapi beware! Pedas!
Tengok gambar pon dah terliur.

7. Apa yang korang buat kalau tiba-tiba jatuh sakit kat sana? Komfirm yang ada kat sana tak pandai cakap melayu. So, dalam bahagian ini diterangkan tentang situasi luar jangka jika berlaku di sana.Yang istimewanya di Korea ni, kalau ada masalah, kita boleh cari sukarelawan baju merah. Mereka boleh membantu kita untuk memandu perjalanan. Jangan risau kalau kita tak tahu berbahasa Korea, mereka pandai berbahasa Inggeris. 

Tengok gambar pon dah tahu..

8. Pengarang juga menerangkan tentang lokasi-lokasi menarik yang boleh kita lawati. Terdapat tujuh bahagian yang boleh kita lawati iaitu istana, muzium dan tempat tradisional, taman dan bangunan, tempat shoppiing, taman tema, Day trip luar Seoul dan restoran. Banyak tempat menarik di sini, maka tentukan dahulu rancangan perjalanan kita. 
Salah satu destinasi yang perlu dilawati. 


9. Bahagian terakhir dalam buku ini adalah pelan perjalanan di Korea. Pelan perjalanan untuk jangka masa seminggu yang meliputi lawatan ke tempat-tempat dalam Seoul serta Day trip luar Seoul. Pelan ini membolehkan kita merangka masa perjalanan kita supaya ada lebih masa untuk melawat tempat lain dan tidak terlalu tergesa-gesa. Walaubagaimanapun, ini hanya cadangan aktiviti dan anda boleh merujuk kepada rakan lain. 

Jadual perjalanan di Korea

Kesimpulannya, Korea adalah destinasi yang perlu dilawati oleh rakyat Malaysia. Melalui movie-movie yang ditonton, sedikit sebanyak kita dapat mengetahui tempat-tempat menarik dan  mampu berkomunikasi dalam bahasa Korea. Dengan pelan perjalanan yang dipaparkan, ia pasti menjadikan trip kita lebih mudah. Sekian, terima kasih. 

Peta pon menarik...boleh pergi nanti.





 








Comments

Popular Posts