Cerita Kedai Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Kek adalah makanan yang menjadi simbol kepada keraian, kegembiraan dan keriangan. Berbentuk bulatan, berkrim, lembut, manis dan pelbagai warna dan hiasan adalah ciri-ciri biasa pada sebuah kek. Kalau nampak kek bentuk lipas, tak tahu la apa tujuannya. Kek ni biasa dijamu jika ada majlis-majlis tertentu seperti majlis hari jadi, hari kanak-kanak atau lain-lain. Dari yang muda sampai ke tua, kek pasti digemari. 

Agak-agak kalau orang bagi kek macam ni...nak suruh makan penyapu ke pengaut sampah? 

2. Well, kita teruskan pasal cerita ni. Dalam ceruk kawasan di Air Biru ni, tak sangka dapat bertemu jodoh dengan sebuah kedai kek. Kedai Kek Sakura namanya diberi. Terletak ditepi jalan utama, kedudukannya antara kedai Handphone dan kedai haiwan-haiwan peliharaan. Kalau yang duduk kawasan ni, pasti familiar dengan kedai kek yang comel ni. 

Ok kedai ni jual kek bentuk biasa.

3.  Di kedai ni ada menjual kek by kg, ada yang jual by slices dan ada juga yang menjual pastry. Jika kita memerlukan segera, kita boleh pilih sahaja mana-mana kek yang sedia ada. Tetap, jika kita mahukan kek custom made, kita perlu menempah awal, 3 hari sebelum mengambil kek tersebut. Untuk custom made, kita diberi katalog untuk memilih rekaan , bentuk dan hiasannya. Jika kita ada contoh kek, itu lebih mudah untuk mereka membuatnya. 

4. Beralih kepada harganya, setakat di Pasir Gudang ni, kedai Secret Recipe yang sering menjadi tumpuan. Dengan kek yang ekslusif dan mewah, harganya memang mahal . Tidak kurang, Baskin Robbin yang megah dengan kek ais-krimnya. Kedai ini turut menawar kek-kek tersebut, namun harganya lebih rendah. Walaupun harganya rendah, jangan kita pandang sebelah mata akan rasanya. 

Familiar tak dengan bear tu?

5. Selain itu, kedai ini turut menjual beberapa jenis kek yang lain. Antaranya, roll cake, cheese cake, ball cake dan slice cake. Kebanyakan kek ini dijual kurang daripada RM 10.00. Ketika di sana, ada yang membeli kek jenis ini untuk dibuat snack menonton rancangan televisyen. Menyediakan kek jenis ini membolehkan pengunjung untuk mencuba kek pada skala kecil. 

6. Pada bahagian lain, terdapat pastry dijual. Pastry ini untuk pengetahuan semua merupakan doh yang terhasil daripada kombinasi tepung dan air. Senang cerita, makanan-makanannya seperti rotilah. Di sini juga ada pelbagai jenis pastry tak kira yang manis, berkeju atau yang ada rendang. Makanan-makanan ini sesuai dijadikan makanan untuk sarapan bagi individu yang terhad masanya. 


Kek-kek lain yang dijual...mesti cuba semua nih

7. Untuk yang membeli kek kilo ni, biasanya krim icing ni tidak ditulis dahulu. Ia akan ditulis ketika pembeli datang mengambil kek tempahan tersebut. Staf disini menggunakan icing berwarna merah untuk menulis kata-kata ucapan pada kek tersebut. Memandangkan kebanyakan kek berasaskan warna terang, maka pemilihan warna merah sebagai krim icing adalah pilihan yang baik. 

8. Kek ini disertakan dengan pisau pemotong kek dan lilin hari jadi. Dengan adanya kedua-dua alatan ini, maka lengkapkan aktiviti pembungkusan kek ini. Bilangan lilin adalah sekadar empat batang sahaja. Cukup la kot, kalau banyak-banyak nanti susah hendak dipotong kek tu. 

Jangan sampai salah pakai pisau ye..

9. Bagi rakan-rakan yang berminat nak mengunjungi kedai tu, boleh rujuk alamat ini :
    Alamat :    22, Jalan 9/12, Taman Air Biru, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir   
                      Gudang, Johor. 


Kesimpulannya, kedai ini harus dilawati oleh peminat-peminat kek atau rakan-rakan yang menyambut sesuatu keraian.  Kedai ini turut menjual beberapa produk bakeri yang perlu dicuba oleh rakan-rakan. Dengan menawarkan harga kek yang rendah, ia sudah pasti berbaloi untuk dibeli. Sekian, terima kasih


Siapa berminat...boleh call nombor kat pisau tu. 




Comments

Popular Posts