Cerita Kuarters
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Setelah beberapa hari panas siang dan malam, akhirnya pada jam 1.30 hujan turun membasahi bumi. Ia turun selebat-lebatnya seolah-olah melepaskan segala-galanya di bumi JB ni. Peluang ini membuatkan saya tergerak hati untuk menjengah ke luar balkoni rumah untuk menikmati penorama tersebut.
![]() |
| Nampak macam kat Cameron kan? Sejuk gitu |
2. Seperti hari-hari biasa (Tidak hujan), bandar ini hanya bahang, panas dan terik. Walaupun rumah dibuka pintu seluasnya, tingkap dibuka sedepa, angin seperti tidak sudi hendak bertiup. Kadang kala nampak berayun daun, mungkin sebab kenderaan yang lalu lalang. Rakan-rakan yang punya pendingin hawa pula, hasilnya masih tetap sama.
3. Hujung minggu seperti ini, waktu tengah hari memang sedap untuk tidur dan berehat. Tambahan pula waktu hujan, rasa seperti tidak mahu meninggalkan katil. Mahu teruskan lena dan bermimpi hingga puas. Mungkin sampai esok pagi! Bangun terus pergi sekolah!
4. Tanaman stevia yang sebekas itu pun seperti gembira menyambut hadirnya hujan. Sejuk apabila tempias hujan mengenai daun dan tanahnya. Jika sebelum ini, tanahnya kering cepat walaupun baru sahaja disiram. Hari ini ia akan lebih lama untuk kering, dan ia kelihatan segar.
![]() |
| Segar pokok nih...hujan katakan. |
5. Apabila hujan begini, teringat kepada peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Sebuah kereta guru telah dihempap dahan pokok menyebabkan cermin kereta pecah. Selang beberapa minggu kemudian, atap kuarters guru pula runtuh dari tingkat lima. Syukur ketika itu tiada individu yang melalui kawasan itu. Walaupun tiada perkara yang tidak diingini berlaku, perkara ini telah berlarut makan tahun.
6. Mengimbau perkara itu, saya melihat ke bangunan sebelah, khusus kepada atap rumah. Kelihatan aliran air yang tidak normal. Air hujan yang sepatutnya mengalir pada saluran tetapi hanya melintas diatasnya sahaja. Berkemungkinan saliran tersebut telah dipenuhi oleh sesuatu. Memandang kepada perkara itu, saya berkira-kira apa mungkin atap ini masih kukuh untuk menampung aliran air untuk masa akan datang?
![]() |
| Kalau dapat zoom...boleh nampak air tu macam air terjun |
7. Mengalih pandangan ke blok bertentangan, terus mata teralih kepada tingkat paling atas blok itu. Selama saya berada disini dari tahun 2013, tingkat lima itu hanya ada sebuah rumah sahaja yang berpenghuni yang akhirnya ditinggalkan pada awal bulan 9. Tingkat 5 semua blok di sini tiada penghuni dan kebanyakannya mengalami kerosakan teruk. Yang paling menyedihkan, tingkat ini dijadikan stor untuk penghuni lain untuk meletakkan barangan yang rosak. Malahan ada yang menukar barangan daripada rumah itu.
8. Jika hendak disenaraikan, terlalu banyak kerosakan yang berlaku disini. Pada bulan ramadan dua tahun lalu, blok 5 mengalami gangguan bekalan air. Perkara ini berlaku kerana berlaku kebocoran pada paip ke tangki blok. Kebocoran itu menyebabkan seminggu penghuni disitu terpaksa menjadi migrasi di blok lain. Saya pula, mandi di sekolah! Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
![]() |
| Ada nampak rumah tingkat 5? |
9. Ramai guru yang mempersoalkan tentang tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Sebagai contoh, duit sewa diambil tetapi rumah tidak dibaiki. Benar, secara logiknya kita sepatutnya mempersoalkan tetapi pada mata saya, kita perlu lakukan ikhtiar supaya kehidupan kita lengkap. Bak kata orang, move on la, jika ada kurang dirumah kita, adakah kita akan menunggu orang lain beri atau kita usaha sendiri mendapatkannya?
10. Kehidupan manusia adalah saling melengkapi, sama seperti hujan, kita tidak hujan sepanjang masa atau cerah sepanjang masa. Mungkin ada aturan yang lebih baik disebalik kekurangan ditempat tinggal ini. Siapa tahu? Apa yang penting, kehidupan perlu diteruskan bagi memenuhi keperluan kita dan diharap mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling kita.
Sekian, terima kasih.
![]() |
| Ok dah siap...jom tido dulu. |






Comments
Post a Comment