Hari Sukan Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Hari sukan negara adalah cetusan idea YB Khairy Jamaluddin yang bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat bersukan. Bersukan bukan menjadi atlet profesional sahaja, malahan menjadi budaya bagi setiap rakyat supaya kekal sihat bertenaga serta cerdas pemikirannya. Tidak kira tua atau muda, saiz fizikal, semua digalakkan untuk bersukan mengikut kemampuan masing-masing. 

Papa nak korang sihat...kalau korang tak sihat macam mana nak kerja.

2. Ok jom balik ke hari event ni, hari yang berdebar-debar kerana excited nak pakai baju hari sukan negara, pagi tu...OMG! Hujan pulak! Lebat dengan sejuknya. Memang dah jangka aktiviti luar komfirm tak boleh buat. Hujan pagi tu berterusan kadang-kala terasa nak sambung beradu semula. 

3. Jadi dengan keadaan yang basah, tambahan murid-murid pula jumlahnya kurang kerana tidak hadir. SU sukan, Cikgu Mael mula memberi arahan kepada murid untuk mengambil ruang. Tidak kira hujan, aktiviti Hari Sukan Negara tetap dijalankan demi Papa tercinta. (Ecewah.) Maka mulalah cikgu-cikgu membuat aktiviti tabata dengan gigih mengikut lagu rancak. Sengal juga kepala lutut.

Layankan je la bila cikgu-cikgu mula beraksi

4. Acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik oleh geng Yassin sekolah (Kebetulan hari tu pakaian sama.) Haa, macam-macam pergerakan dan pencak dibukanya. Yang menumbuk, yang berzapin tak kurang yang lambai ala ala usop wilcha. Lagu bermula dengan Ana Permana, Hajat sampai Amalina pun jadi modal untuk bersenam robik. 

5. Acara diteruskan dengan aktiviti memancing. Aktiviti ni bukan memancing ikan atau hati orang ye. Aktiviti ini dilaksanakan untuk melihat keupayaan murid untuk menganggar jarak dan teknik untuk menangkap botol menggunakan joran bermagnet. Ada yang dapat tangkap banyak, ada yang sedikit tak kurang juga tukar pemain sebab gagal untuk menangkap sebarang hasil kononnya. 

Banyakkan ikan plastik...susah nak ditangkap 

6. Selesai memancing, aktiviti diteruskan dengan aktiviti lari dalam guni. Walaupun tiada guni, menggunakan beg plastik adalah alternatif untuk memastikan aktiviti berjalan. Aktiviti lain yang dilaksanakan juga adalah mengisi air dalam silinder penyukat. Sebelum berehat, murid bermain aktiviti pecah belon. Bila kita fikirkan, aktiviti-aktiviti ni mudah nak buat. Tapi kena ada skill juga. Jangan pandang sebelah mata walaupun perkara itu mudah. 

Lompat jangan tak lompat...hati-hati depan ada longkang haaa

Pecah belon kawan ye..jangan pecah belon sendiri

7. Selepas rehat, satu lagi permainan diadakan iaitu boling kepala. Kalau siapa-siapa yang pernah main boling kat lane biasa, memang seronok sebab bolanya rata berbentu sfera. Buah kelapa tidak ye. Aktiviti ini memerlukan kecekapan murid untuk bermain dengan kekuatan leretan, kelajuan pergerakan bola dan ketepatan hentaman pada pin boling. Jika tidak seimbang, memang tak strike la.
 
8. Bagi menutup aktiviti hari sukan negara, aktiviti  mewarna diadakan untuk melihat kreativiti murid dalam mewarna dan mencipta lukisan yang lebih nilainya. Jika kita lihat helaian tersebut, banyak ruangan kosong disediakan yang bertujuan untuk membolehkan murid untuk menambah subjek-subjek yang berkaitan dengan aktiviti ini. 

Dah penat bersukan, kita mewarna la pulak.

Kesimpulannya, hari sukan negara bukan semata-mata disambut untuk melaksanakan aktiviti berintensiti tinggi seperti marathon atau MMA. Ia adalah aktiviti yang boleh membuatkan kita keluar peluh tetapi masih dalam skop sukan atau permainan. Pelaksanaannya bergantung kepada aturan pelaksana mengikut kesesuaian tempat, masa dan situasi. Apa yang penting, murid gembira, guru pun ceria. Sekian, terima kasih. 

Hobi masa lapang...model kasut sukan











Comments

Popular Posts