Hari Usahawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Dalam beberapa minggu ini, warga sekolah sering menerima brosur penganjuran hari usahawan. Apabila dikumpulkan brosur tu, nampaknya hampir kebanyakan sekolah menganjurkannya. Maka muncul dalam pemikiran murid-murid dan persoalan ditanyakan :- Cikgu, sekolah kita bila nak buat hari usahawan?
![]() |
| Adik jual apa tu? Nak try rasa boleh? |
2. Ok trend positif ni bukan sahaja berlaku di Pasir Gudang, malahan ia menjadi aktiviti tahunan sekolah lain. Yang pertama kali menganjurkan aktiviti ni, mungkin aktivitinya tak banyak. Well, kita cuba lihat hari usahawan dalam pendidikan di luar negara. Post ni bukan nak membuat perbandingan, tetapi sekadar review pendidikan luar negara yang jarang kita mendapat pendedahan oleh sistem kita.
3. Baik kalau kita google tentang enterpreneur day in primary school, hasil carian akan mendapati aktiviti ini dilaksanakan oleh murid-murid gred 7. Hah gred 7? Apa bendanya tu? Sistem pendidikan kat luar ni menggunakan sistem gred untuk peringkat umur yang sama macam darjah jugak kat sini. Kalau kita rujuk website explo, gred 7 ni umurnya 12 tahun. Kira budak tahun 6 je la yang jaga stall nanti.
| Haa tu jadual umur untuk pendidikan kat luar negara (sumber : http://explore.explo.org/age-grade-conversion-chart) |
4. Kalau kita lawati laman web Newcastle Senior Primary School, hari usahawan ni dianjurkan untuk memenuhi keperluan silibus dalam Pengurusan Sains dan Ekonomi. Dalam silibus ni, murid-murid akan menganjurkan penjualan bermula daripada pengurusan bajet sehingga menerbitkan iklan. Melalui aktiviti ini, murid akan dinilai berdasarkan pengetahuan tentang perniagaan dan bakat dalam mempersembahkan jual kepada awam.
| Kalau ada muka macam ni kat sini...komfem ramai peminat (Sumber: https://newcastleadvertiser.co.za/132346/newcastle-senior-primary-school-hosts-entrepreneurs-day/). |
5. Dalam aktiviti ini, murid akan membina produk sendiri yang boleh dijual sama ada menggunakan bahan terpakai atau bahan asal. Jika kita lihat dari laman web sekolah-sekolah tersebut, macam-macam produk yang kebanyakannya hand made. Mungkin di sini, kita akan membeli di kedai RM 2 atau kedai-kedai serbaneka secara pukal, yang menjadi modal untuk dijual. Perkara itu tidak menjadi masalah, cuma kurang nilai kreativiti oleh pihak murid sahaja.
6. Hari usahawan di luar kebiasaannya menjual produk tidak terlalu banyak. Satu kedai, satu jenis sahaja dan paling banyak ada empat jenis sahaja. Keterbatasan ini perlu bagi memastikan tiada unsur monopoli perniagaan yang sering diamalkan dalam perniagaan masa kini. Ada bahagian yang menjual pastry, ada yang menjual cenderamata, ada yang menjual air.
| Jual satu jenis...tapi kuantiti banyak. ( Sumber : https://standertonadvertiser.co.za/80234/gallery-entrepreneurs-day-standerton-primary-school/) |
7. Kadang-kala ada dalam kalangan anak murid kita nak menghasilkan sesuatu. Tapi disebabkan kurang pendedahan secara real, jadi agak sukar untuk mereka nak buat. untuk mengatasi masalah ni, saya cadangkan boleh lawati laman web idea untuk hari keusahawanan. Di situ, dipaparkan pelbagai makanan, manisan dan produk-produk tangan yang boleh dibuat. Oleh yang demikian, kita akan melihat kreativiti mereka dalam menghasilkan produk-produk tertentu.
8. Sebagai cadangan, guru penasihat perlu mengenal pasti kelebihan-kelebihan yang ada pada murid. Di sekolah, sudah tentu ada murid yang boleh bercakap dengan petah, pandai berlakon, tidak kurang yang pandai menghias, mengira dan berseni. Guru perlu menggunakan kelebihan-kelebihan murid supaya mereka dapat berkolaborasi untuk mencapai matlamat masing-masing.
| Idea hari usahawan. (Sumber : https://www.pinterest.com/rainbowjunkieca/entrepreneur-day-ideas/) |
9. Pembelajaran berasaskan pengalaman dengan mengimplementasikan pengetahuan perniagaan yang telah dipelajari akan memperkukuhkan kemahiran perniagaan mereka. Dengan mengikuti etika perniagaan yang sihat, persaingan positif dapat diwujudkan sekaligus membolehkan perniagaan lebih berdaya saing pada masa akan datang. Amalan-amalan seperti monopoli, peniaga yang kurang ajar, penipuan harga dapat dielakkan jika kita dapat 'melentur buluh biar dari rebungnya'.
10. Walaupun pembelajaran perniagaan ini tidak terdapat dalam silibus RBT lagi, ia masih keperluan pembelajaran merentas kurikulum. Berbanding dalam silibus terdahulu, pengurusan perniagaan diajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Ketiadaan panduan perniagaan, memerlukan guru mencari panduan diluar sumber utama untuk mengajar asas perniagaan. Manakala penilaian secara rasmi menjadi penilaian pemerhatian sahaja.
Kesimpulannya, perniagaan merupakan subjek yang menyeronokkan kerana ia melibatkan pentadbiran perniagaan, pengurusan produk dan aktiviti jual beli. Di luar negara, pelaksanaan hari usahawan adalah keperluan silibus pendidikan yang bertujuan untuk melihat daya kreativiti dan implementasi pengetahuan secara amali. Perubahan silibus pendidikan yang tidak punya panduan khusus dan keperluan memerlukan usaha guru untuk mendapatkan panduan dan maklumat tentang aktiviti hari usahawan sekolah. Sekian, terima kasih.
![]() |
| Pecahan ilmu RBT...Seronok belajar matapelajaran ni. |



Comments
Post a Comment