I'M bACKPACKER : EUROPE
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
![]() |
| I'm Backpacker : Europe |
Tajuk Buku : I'm A Backpacker : Europe
Pengarang : Khairul Abdullah
Tahun terbit : 2016
ISBN : 978-967-369-314-6
Penerbit : Puteh Press
1. Backpackers Eropah :- Eropah ni bukan satu negara. Ia adalah gabungan negara-negara kat benua Eropah. Kalau selalu tengok bola, mesti tau pasal Uefa Champions League atau Europa League, so ia sinonim dengan pertandingan bola kat Eropah. Ada 28 buah negara yang kita boleh pergi. Tapi, negara kita hanya benarkan 26 negara je. Untuk pengetahuan semua, Israel tu kat benua Eropah. So, faham-faham la kenapa ye jumlahnya sikit.
2. Well, dalam buku ni ada 7 bab semua. Oleh sebab buku ni tak cerita pasal sebuah negara, jadi ia sebuah buku yang kompak dan tersusun yang penuh dengan panduan ketika kat Eropah. Buku ni wajib dibaca untuk pengembara yang hendak ke sana selain rujuk pada En. Google. Dalam buku ni, tak semua negara dicerita, tapi berguna gambaran awal di sana.
![]() |
| Cuba teka kat negara mana menara ni? |
3. Dalam bab 1, pengarang menerangkan tentang negara-negara kat benua Eropah ni. Jerman, Sepanyol, Portugal, tu semua negara Eropah. Bab ni pun ada disertakan senarai negara-negara yang kita boleh pergi. Alang-alang dah kat sana, takkan nak pergi satu tempat je kan? Selain itu, ada juga diterangkan tentang musim-musim, suhu dan pakaian yang sesuai untuk disediakan sebelum ke sana. Pengarang pun ada senaraikan event-event yang kita boleh tengok untuk penuhkan memori hp dengan gambar.
4. Bab 2 pula menerangkan tentang perancangan ke sana. Seperti dalam buku-buku sebelum ni, setiap trip memang kena rancang. Tapi kat Europe ni lain sikit, sebab negara dia banyak. So, kena tentukan destinasi yang nk dituju. Dengan siapa nak pergi, kenderaan apa yang nak disewa. Yang paling penting dalam bab ni ialah tarikh yang sesuai untuk ke sana. Cuti kat Malaysia tak sama dengan negara-negara lain dan perkara ini akan mempengaruhi harga untuk urusan jual beli. Senang cerita, kalau bukan musim cuti, rate normallah. Kalau musim cuti, ratenya naik ke langit!
![]() |
| Tengok jeti dia...cantik |
5. Bab seterusnya ada senarai destinasi yang boleh kita pergi. Senarai negara yang hendak dilawati perlu dirancang dengan rapi supaya kita tak berulang-alik ke tempat yang sama. Jadi, nak elakkan perkara itu berlaku, kita kena tahu tentang laluan-laluan dan kenderaan yang disediakan untuk menerentas ke negara lain. Dalam bab ni, pengarang mencadangkan masa percutian yang 'puas hati' ialah 10 hari.
6. Baik dah selesai rancang siap dengan iterniti perjalanan, kira dah nak bergeraklah ni. So dalam bab ni, diterangkan maklumat tentang cara menempah tiket penerbangan, bilik penginapan dan pengangkutan. Ia disertakan dengan harga dan cara menempah yang paling mudah adalah melalui atas talian. Yang menarik kat Europe ni, kita dicadang untuk membeli pas atau tiket kalau kita nak melawat tempat-tempat tertentu seperti muzium, zoo dan lain-lain. Kalau tak nak beli, tak ada masalah. Cuma kena tahan sabar beratur je. Macam biasa.
![]() |
| Ok dah nak gerak...tapi dalam buku je la |
7. Bab 5 lebih kepada penerangan tentang dokumen-dokumen yang perlu disediakan. Dokumen penting dan insuran perjalanan adalah perkara yang utama bagi traveler khususnya di Europe ni. Benua Eropah dengan Benua Asia mempunyai undang-undang yang berbeza khususnya dari aspek keluar-masuk pelancong. Andai kata pergi tapi tak ada dokumen, kemungkinan besar untuk ditahan atau dibawa pulang adalah tinggi. Jadi, nak selamat sediakan dokumen yang lengkap seperti Passport, Visa, IC dan dokumen lain. Andai kata nak duduk kat sini, mesti ada dokumen sokongan lain. Maklumat tambahan, kalau yang bekerja sektor awam, jangan lupa info pada majikan dan mohon kat jabatan-jabatan berkaitan. Tak lupa juga, pastikan tak blacklist PTPTN.
![]() |
| Brother backpacker...ready nak gerak. |
8. Bab seterusnya diterangkan permulaan pengembaraan di sana. Untuk melihat eterniti perjalanan, boleh rujuk dalam bab 4. Satu perkara yang sering berlaku kepada pengembara pertama luar benua Asia ialah Jet Leg. Apa benda Jet Leg ni? Boleh terbang ke? Jet Leg ni gangguan tidur yang berlaku pada traveler. Puncanya ialah perubahan waktu dan zon masa. Kira kat Malaysia pukul 8 malam, tapi kat Europe baru pukul 2 petang. Cuba pukul 10 malam, baru pukul 4 petang. Time tu terasa mengantuk, alamat ada yang tertidur kat tepi jalan. Tapi, don't worry. Dalam buku ni ada diterangkan cara daripada Jet Leg ni.
9. Ok, time untuk pulang ke tanah air. Nak balik pun ada caranya. Ada beberapa perkara yang perlu dipastikan sebelum pulang. Beg baju, cenderamata, ubat-ubatan tu perkara yang biasa. Satu perkara yang kita kena tahu ialah jadual perjalanan. Untuk pengetahuan semua, kat sini banyak mogok oleh pekerja pengangkutan awam. Jadi, untuk elakkan daripada terkandas, rajin-rajinlah melayari laman web perkhidmatan kenderaan atau pergi ke stesyen untuk pastikan kalau-kalau ada notis-notis pemberitahuan. Kalau ada, perlu cari inisiatif lain untuk bergerak.
![]() |
| Dah nak balik dah..bye bye |
10. Selain itu, terdapat maklumat tentang tuntutan VAT atau cukai. Kalau shopping kat Eropah ni, cukai VAT ini wujud dan dikenakan kepada penduduk yang membeli-belah. Cukainya juga berbeza-beza setiap negara di Eropah. Jadi, kalau nak menuntut cukai tu, terdapat penerangan tentang cara menuntutnya dan proses-prose yang perlu dilalui. Jangan risau, selagi kita ada dokumen, proses tuntutan pasti berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.








Comments
Post a Comment