Kelas Amali Pertanian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Sepanjang minggu ini, banyak aktiviti yang telah berlangsung. Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah aktiviti pertanian. Silibus pertanian merupakan sebahagian daripada komponen pembelajaran bagi matapelajaran RBT yang dahulunya dikenali sebagai matapelajaran Kemahiran Hidup.
2. Aktiviti amali dalam matapelajaran ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dalam memastikan mereka mempunyai peluang untuk belajar pada masa akan datang. Seperti mana yang kita tahu, TVET adalah salah satu agenda dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini. Menyediakan kemahiran kepada mereka seperti menanam benih untuk dituai hasilnya pada masa dewasa kelak.
![]() |
| Gaya mahal untuk mengoyak polibeg |
3. Melihat kepada bahan-bahan yang diberi di Nurseri Agro, Bandar Dato Onn, mereka tampak teruja untuk bermain dengan tanah. Sebelum bermula, mereka menonton video penerangan tentang langkah pemindahan anak pokok dan medium penanaman yang disarankan. Amat mudah pada hari ini, dengan berbantukan video, guru hanya menjadi fasilitator dan tidak memerlu mengambil masa untuk membuat penerangan lagi.
4. Menggunakan pendekatan pembelajaran pemusatan murid, mereka dibentuk kumpulan dan mula melantik ketua kumpulan dan membahagikan tugas masing-masing. Ada yang mengoyak polibeg, ada yang mengambil tanah, ada juga yang menggaul tanah sehingga sebati. Semua atas tanggungjawab sendiri. Saya hanya memantau segala pergerakan mereka.
![]() |
| Koyak...kumpul...gaul....proses awal sebelum masukkan anak pokok. |
![]() |
| Tekun menggaul...ada harapan jadi tauke kedai bunga nanti |
5. Sedar tidak sedar, pembelajaran ini mewujudkan komunikasi antara mereka. Arahan dan pembahagian tugas dapat dipatuhi oleh ahli-ahli. Ada yang bertanya tentang kuantiti tanah yang diambil apabila melihat pasu bunga. Ada yang meminta untuk menambah kuantiti dan tidak kurang yang mengukur saiz tanah anak pokok dengan pasu. Perkara-perkara seumpama ini yang memerlukan kepekaan guru untuk menilai komunikasi dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah.
![]() |
| Jarang ada model pasu bunga...hanya di sini sahaja ada. |
![]() |
| Dah masukkan dalam pasu...tak cukup pulak. |
6. Maka mulalah mereka mengalihkan anak pokok ke dalam pasu. Berhati-hati nak letak dalam pasu sebab takut-takut ada batang pokoknya patah. Seperti yang dijangka, tanah yang diambil tidak mencukupi dan memerlukan mereka untuk menambah campuran tanah semula. Walaupun perlu buat sekali lagi, tiada sungutan yang kedengaran kerena mereka dapat berkerja untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
![]() |
| Sudip tangan dah letak tepi...ni kompom sebab tak cukup masa. |
![]() |
| Ok anak pokok dah masuk....tapi tak penuh je. |
7. Kumpulan yang dibentuk mempunyai bilangan murid yang sedikit. Satu kumpulan tiga hingga empat orang sahaja. Ini adalah jumlah optimum untuk sebuah kumpulan murid. Saya memilih jumlah murid yang kecil supaya tiada sleeping partner dalam aktiviti amali ini. Apa yang saya lihat, setiap ahli mempunyai tugas masing-masing dan mereka berkerjasama untuk aktiviti ini.
8. Mereka pada fasa akhir tugasan. Sebahagian menguruskan pengalihan anak pokok, yang sebahagian lain sibuk mengambil tanah untuk menambah kuantiti pada pasu. Dengan masa yang kian suntuk, mereka saling berhubungan dari jauh. Suasana ketika itu riuh dan bising. Pada mata orang awam, apakah perlu murid-murid belajar dalam keadaan bising seperti ini? Pada saya tidak. Ia menyeronokan!
![]() |
| Top up...top up tanah...Tak cukup lagi tu. |
9. Akhirnya, selesai tugasan mereka pada hari ini. Pokok yang pada awalnya dalam polibeg, kini berpindah ke dalam pasu bunga. Hasil tangan murid sepenuhnya sambil aktiviti dipantau oleh guru. Melakukan adalah lebih baik berbanding mempelajari teori semata-mata yang hanya duduk setempat menelaah buku atau internet sahaja. Apabila kita melakukan sesuatu, tindakan yang dibuat akan meninggalkan kesan separa sedar dalam kotak minda murid-murid. Oleh itu, amat penting kita mempamerkan perilaku yang baik kerana tindakan yang ditiru akan mempengaruhi perilaku anak-anak pada masa hadapan.
![]() |
| Dah siap...kita posing dulu..chill out!!! |
![]() |
| Ada murid tumpang plak...hahaha |
Kesimpulannya, murid-murid sangat berminat jika ada aktiviti amali atau aktiviti berkumpulan. Mereka akan segera mengambil autoriti guru sebagai ketua dalam kumpulan dan seterusnya membahagikan tugasan yang diberi. Guru pula bertindak sebagai fasilitator membantu sekiranya berlaku masalah sepanjang proses berlangsung. Kelas akan menjadi lebih riuh dan bising kerana wujudnya komunikasi dua hala antara satu sama lain. Perkara sihat ini akan menjadikan murid-murid lebih seronok untuk hadir ke sekolah dan pembelajaran lebih bermakna. Sekian, terima kasih.
![]() |
| Punca riuh kelmarin... abang cacing in da house! |












Comments
Post a Comment