Musim Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Minggu peperiksaan bagi setiap sekolah. Setelah sembilan bulan murid-murid belajar, mereka diuji akan kemampuan akal mereka untuk mengeluarkan maklumat. Soalan pula masing-masing tak tahu apa bentuknya, jadi kehidupan murid ini seperti kotak pandora. Kalau soalan itu mudah, boleh jawab, kalau tidak, mati akal masing-masing.

2. Dua hari berlalu, terdapat beberapa habit yang dilihat sepanjang peperiksaan berlangsung. Yang pertama, murid mengantuk ketika menjawab soalan. Siap ada tidur selena-lenanya. Kalau nak kira yang menguap, dah banyak kali menguap masing-masing. Bila ditanyakan puncanya, tidur lewat adalah salah satunya. Mengapakah alasannya? Menonton rancangan di televisyen. OMG, gugur jantung cikgu-cikgu dengar jawapannya.

Tidur awal ye..esok exam

3. Selain itu, kegiatan menajamkan pensel menjadi kebiasaan untuk murid-murid. Walaupun dah tajam, masih dibuat aktiviti tu. Aktiviti ini dibuat selalunya dipertengahan peperiksaan berlangsung. Seharusnya, masa senggang sebelum peperiksaan harus digunakan untuk menyediakan alat tulis yang secukupnya. Untuk pengetahuan, soalan peperiksaannya ada pelbagai aras, jadi pengurusan masa sangat penting. 

4. Yang ni pun selalu dibuat murid-murid, bila tak dapat jawap, ditenung soalan tu lamanya. Perkara ini berlaku salah satu puncanya ialah tidak menggaris kata kunci. Kata kunci dalam soalan ni mesti ada disertakan untuk bagi klu pada murid menjawab soalan. Kalau tak ada selalunya soalan itu mesti bermasalah. Bila tak jumpa, tunggu pada soalan yang sama sehingga masa terbuang dan tidak sempat menyiapkan jawapan. 

Silap besar kalau tengok soalan sahaja.

5. Termenung salah satu aktiviti murid ketika peperiksaan. Lebih-lebih yang duduk disebelah tingkap. Dengan panorama luar kelas yang menarik, mereka pasti terleka seketika. Aktiviti ni menyebabkan guru-guru perlu kerap mengingatkan mereka untuk kekal fokus. Kebiasaannya, bila termenung ni mesti diikuti dengan mengantuk dan terlelap. Situasi bertambah buruk bila mereka tidak membawa bekalan air ke sekolah. 

6. Bila dah habis selalunya, jarang-jarang yang membuka kertas soalan balik untuk membuat semakan. Semakan ni perlu dibuat untuk memastikan jawapan tersebut menepati kehendak soalan atau tidak. Yang paling penting, TIDAK TERTINGGAL SOALAN untuk dijawab. Dalam beberapa kes, disebabkan tidak membuat semakan, ada bahagian-bahagian soalan yang tertinggal dan menyebabkan mereka hilang markah. 

Syok jawap dalam kertas soalan...kertas jawapan kosong...habis la nakk!!

7. Kadang-kala murid-murid ini dilihat tidak bersungguh-sungguh menjawab soalan yang diberi. Seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Perlu jelas peperiksaan yang dibuat ni bukan sekadar rekod sekolah sahaja. Ia juga menentukan keupayaan murid bagi tahun-tahun seterusnya khususnya tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2019. 

8. Walaupun belajar ini dilihat sebagai membuang duit kerana melabur untuk pakaian, peralatan dan buku, tetapi dengan persediaan yang lengkap, ia mampu mengubah masa depan murid-murid. Pasti kita pernah mendengar sekolah-sekolah seperti Sekolah Berasramah Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Sains (SMS) dan Sekolah Primier. Sekolah ini seharusnya menjadi aspirasi murid-murid untuk maju ke hadapan. 

Cantikkan? Ni bukan kat overseas...SBP yang famous kat sini. 

9. Apabila situasi-situasi di atas berlaku, guru-guru yang sering menjadi pembantu kepada murid-murid. Bila barang tidak dibawa, dipinjam dari kotak pensel guru. Bila hendak tidur, dikejutnya supaya menghabiskan soalan yang tidak dijawab. Bila ada yang mula menguap, diingat supaya minum air. Semuanya mengharapkan murid-murid kekal fokus dalam peperiksaan. 

10. Walaubagaimanapun, persediaan yang baik dan lengkap kadang-kala boleh menjadi sebaliknya. Kasihan apabila murid-murid yang bersungguh-sungguh mengulangkaji, tetapi soalannya tidak terjangka dek akal. Jadi, sebaik-baiknya berserah kepada Nya apabila semuanya selesai. 

Kesimpulannya, ragam-ragam dalam bilik darjah khususnya masa peperiksaan ni perlu dielakkan pada masa hadapan. Persediaan diri yang mencukup seperti rehat yang cukup sangat penting selain persediaan alat tulis. Lakukan sebaik mungkin ketika menjawab untuk mengukur kefahaman murid supaya ia menepati aspirasi untuk masuk ke sekolah-sekolah hebat di negara kita. Sekian, terima kasih. 


All the best...everybody!!!




Comments

Popular Posts