Nurseri Agro de Dato Onn
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selesai UPSR, guru-guru bersedia untuk dipantau pengajaran dalam kelas. Untuk semester ini, saya akan dipantau matapelajaran RBT atau TMK. Sambil menyelak buku modul, memikirkan apakah tajuk pengajaran untuk murid-murid tahun 5. Akhirnya, tajuk tanaman muncul! Sambil menghela nafas, salam takziah, anak benih lada yang ditanam hanya mendap dalam tanah sahaja.
2. Kurang 24 jam, saya mencari halaman web dan google maps, mencari kedai-kedai nurseri yang dibuka pada hari Ahad begini. Alhamdulillah, ada tempat yang dituju. Tiada gambar yang dipaparkan. Hanya merujuk kepada aplikasi maps, saya memandu menuju ke tempat itu.
3. Perjalanan yang mengambil masa kurang 30 minit, melalui lebuh raya EDL, masuk ke susur Dato Onn, masuk simpang menghala ke Adda Height, saya masih tertanya-tanya, apa mungkin ada nurseri dalam kawasan ini? Akhirnya, papan tanda yang besar dapat dilihat sedikit kerana dilindung dek papan tanda Petron. Nasib tak sesat...hahahaha
4. Bagi peminat aktiviti menanam, nurseri ini sudah tentu biasa dilawati. Nurseri ini menjual pelbagai jenis tumbuhan tidak kira tanaman luar atau dalam bangunan. Itu soalan pertama yang tanya oleh Pak Joko (Jurujual dari Bandung, siap promot team bola sepak dia tu!) . Apabila saya mahukan tumbuhan luar bangunan, segera dia menunjukkan bunga-bunga yang dimaksudkan. Yang dalam pasu plastik, harganya RM48, yang dalam polibag, RM8 sahaja. Besar betul martabat bekas plastik berbanding polibeg.
![]() |
| Kata Pak Joko yang kat sini tanaman dalam bangunan...layan je la. |
5. Selesai memilih tanaman yang semuanya empat bekas, saya bertanya jika nurseri ini menjual tanah. Ditunjukkan kepada saya di sebelah kanan kawasan itu akan bungkusan-bungkusan tanah. Dua jenis tanah sahaja yang kelihatan iaitu tanah organik dan tanah sabut kelapa. Tanah sabut kelapa harganya RM2 sebungkus. Bagi tanah organik, mengikut berat yang masing-masing berpatutan untuk dibeli.
![]() |
| Harga tanah murah tuh...masih ada banyak stok! |
6. Mata saya meliar melihat kawasan-kawasan lain. Ada juga pokok lain yang turut dijual yang bentuknya seperti bongsai. Di sini saya paparkan gambar pokok tersebut, jika tahu boleh info-info di sini ye. Kedai ini tidak disediakan nama tumbuhan yang dijual, jadi susah untuk kenal nama pokok berdasarkan fizikalnya. Kalau tanya pada Pak Joko, pasti dia pening kepala melayan. Pokok yang dibeli pun saya tidak sempat dikenalkan oleh dia.
7. "Sudah ada pasu? Jika belum boleh beli sekali." Ujar Pak Joko membuatkan saya tersedar, pasu terakhir baru sahaja digunakan. Saya mengikut dia ke belah belakang kedai. Wah, banyaknya pasu! Ada bermacam-macam saiz juga dan yang paling kecil adalah RM8 (Menurut Pak Joko, kalau salah jangan marah ye. Takut salah dengar). Pasunya bukan plastik, tetapi pasu tanah liat!
![]() |
| Ni pokok apa ye? Tapi memang kompom duduk dalam bangunan. |
8. Untuk empat bekas pokok, tiga bungkus tanah kelapa, satu bungkus tanah organik, kesemuanya berharga RM48 ringgit sahaja. Untuk pasu, saya memilih untuk membeli ditempat lain memandangkan pasu tanah liat ini berat dan tiada ruang membawanya pulang. Berhampiran kawasan cashier, ada kolam ikan koi yang jarang dilihat di bandar raya besar seperti JB ini.
9. Selesai sudah bahan untuk pemantauan pada hari esok. Tetapi ia bukan semata-mata untuk menunjuk yang kita 'buat kerja' tetapi 'kepuasan' untuk kita melihat anak-anak murid belajar sesuatu yang baru lebih-lebih lagi pembelajaran kemahiran. Melakukan amali seperti aktiviti memasak atau bercucuk tanam pasti akan diingati sampai bila-bila.
![]() |
| Kolam ikan koi...bersih dan jernih. |
![]() |
| Kawasan ni dekat dengan kolam...banyak lagi bunganya. |
10. Untuk para peminat tumbuhan dan guru-guru yang mengajar subjek RBT, jika punya kelapangan, boleh melawat kawasan ini untuk mendekati flora yang boleh ditanam di rumah kita. Untuk guru-guru pula, ini adalah lokasi tumpuan untuk mendapatkan bahan-bahan dan alatan-alatan untuk topik pertanian. Walaupun kita menggalakan penggunaan teknologi, melaksanakan amali lebih menyeronokkan.
![]() |
| Papan tanda dia.....hmmm sabar je la. |
Sekian, terima kasih.







Comments
Post a Comment