Cerita Doraemon

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

1. Doraemon - kucing robot yang datang dari masa hadapan. Siapa yang tidak kenal kucing biru tanpa telinga ni. Cerita animasi ini sangat terkenal sejak zaman 90-an, malah ia masih ditayangkan di saluran Astro Ceria. Sebelum adanya Upin dan Ipin, Boboboy dan lain-lain, ini adalah hiburan anak-anak generasi Y. Teruja menonton Nobita yang selalu menangis lalu keluarlah barang-barang ajaib dari poket 4 Dimensinya. Barang-barang ajaibnya kadang-kala tidak terfikir oleh akal. Rasanya kalau ada pintu suka hati, orang tak perlu membeli kenderaan untuk ke mana-mana. 

2. Bersempena dengan cuti sekolah ini, saya berkesempatan ke Paradigm Mall untuk mencuci mata di bahagian alat sukan. Tidak tersangka di tingkat Ground Floor diadakan pameran Doraemon bersempena dengan hari krismas pada hujung tahun ini. Terdapat dua kawasan yang diwujudkan, ruang pameran patung-patung dan ruang membeli cenderamata Doraemon. Kalau ke sana, yang ramai adalah kanak-kanak dan dewasa gen Y yang penah menonton kucing comel ini. 

Pameran Doraemon 

3. Ruang membeli cenderamat Doraemon menjual pelbagai barangan. Ada dijual anak patung, baju,cawan dan lain-lain. Harga barang pula bergantung pada item yang dibeli. Saya terjumpa penanda buku yang harganya RM2.00. Ada barangan yang dijual secara pakej seperti mug doramon. Harga sebuah adalah RM19.00, tetapi jika kita beli dua, harganya adalah RM30.00. Kalau baju, jangan cakaplah, pelbagai warna dan di kucing ini pasti dicetak pada baju tersebut. Kalau ada anak kecil, patung Doramen pasti menjadi salah satu koleksi mereka. 

Baju-baju Doraemon..macam-macam warna

4. Ruang yang paling digemari oleh geng-geng fotogenik, ruang pameran patung Doraemon. Di situ disediakan patung Doraemon gergasi, jejak tingkat dua jugaklah. Di tepinya ada pokok pain gergasi juga. Patung Nobita dan Shizuka ada sepasang di pintu gerbang, tapi patung Doraemon mini, bersepah. Macam-macam ragam pengunjung yang mengambil gambar. 

5. Barang ajaib yang dipamerkan ialah pintu suka hati, pondok telefon ajaib. Pada patung-patung juga ada alat-alat ajaib yang digunakan dalam ceritanya. Jadi, kalau siapa-siapa yang menonton cerita Doraemon pasti tahu nama alatannya. Sebagai contoh, Roti Ingatan. Roti ini dikeluarkan dari poketnya kerana Nobita hendak mengambil ujian matematik pada esok harinya. Tetapi, disebabkan nak menunjuk-nunjuk, dia terlebih makan, lalu membuang. Jadi, usahanya jadi sia-sia. Bayangkan kalau ada roti itu, mesti ramai dapat A. Tapi, pandai atas kertas sahaja la.

Salah satu barang ajaib dalam poket Doraemon

6. Apabila menonton cerita Doraemon kembali, peralatan seperti 4 Dimensi sering kedengaran. Dalam cerita ni, 4 Dimensi adalah ruang vakum yang tiada penghujung. Kira kalau siapa-siapa yang menonton Ant-Man cerita Marvel, konsepnya seperti Quantum Realm dan Time Vortex. Kisah tentang merentas masa, atau Time Travel adalah idea yang wujud dan difikirkan oleh pelukisnya. Merentas masa dari Abad ke 21 kembali ke abad 20. Idea menarik yang digambarkan mengenai masa hadapan, namun pada realitinya, hari ini, kita masih tidak dapat melihat impian itu direalisasikan. 

7. Apabila menonton animasi ini, perkara yang sering menjadi tumpuan ialah apakah alatan yang akan dikeluarkan dari poketnya. Walaupun ia sekadar animasi, sebahagian besar alatan yang dipaprkan, tidak mampu kita bina, jika ada sekalipun, hanya mengambil konsep sahaja. Sebagai contoh, kita hanya boleh membina helikopter, tetapi masih belum ada helikopter yang membawa orang secara individu. Yang paling jelas ialah pintu suka hati. Untuk travel, kita perlu membeli tiket atau memandu. Dalam cerita ini, sangat ajaib. 

Roti Ingatan...kalau makan boleh ingat banyak benda

8. Secara keseluruhannya, pameran ini mengimbau zaman kanak-kanak gen Y. Walaupun ia adalah cerita fiksyen dan animasi, ia membuatkan kita melihat perbandingan minda negara. Negara Jepun yang terkenal dengan teknologi, jadi semangat mencipta dan teknologi, secara tidak sedar telah diserap dalam animasi. Jalan cerita yang dipaparkan juga ringkas, iaitu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika diceritakan tentang alatan, kita hanya mampu mengambil konsep sahaja yang harus dikembangkan sendiri mengikut keperluan masyarakat. Walaubagimanapun, semangat daya cipta harus diterapkan dalam pendidikan khususnya diperingkat rendah. 

Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular Posts