Cerita Fesko UTM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Bila musim graduasi mahasiswa UTM, pasti ada majlis konvkesyen dan event yang mengiringi majlis ni ialah Fesko. Apa Fesko ni? Ia adalah singkatan daripada Festival Konvokesyen. Di UTM ni diadakan dua kali setahun, pertengahan tahun dan akhir tahun. Kebiasaannya Fesko ni berlangsung selama seminggu di Dataran Kawad UTM.
![]() |
| Tengok barang yang dijual |
2. Dataran Kawad tu kalau hari biasa memang lengang. Paling ramai pun, jika ada acara larian anjuran mahasiswa UTM. Lain jika ada Fesko, bukan setakat kawasan parkir sahaja yang penuh, malahan boleh sampai ke kolej kediaman mahasiswa dan rumah Alumni UTM. Kawasan parkir yang disediakan tidak mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang masuk untuk ke Fesko.
3. Biasanya Fesko ni mula sibuk pada hujung minggu dan pada hari biasa, selepas waktu pejabat hingga malam. Waktu-waktu begini, memang nampak pertambhaan kadar trafik yang tinggi dan kerap berlaku 'Jammed' walaupun dalam kawasan universiti. Jadi, kalau hendak ke sana, perlu tengok masa yang sesuai. Kalau tidak, pulang hampa.
4. Di Fesko ni, barang-barang memang banyak dijual. Dari pakaian hingga makanan. Harganya pula boleh ditawar dan kadang-kala harganya memang sudah diturunkan. Saya ada membeli baju melayu pada harga RM10! Itu sudah cukup murah! Jika ditawar agak melampau. Kalau yang minat dengan bola sepak, koleksi jersi boleh dibeli di sini dengan harga istimewa. Selain pakaian, ada juga dijual minyak wangi, kasut, tudung, barangan elektronik dan lain-lain. Senang cerita, bawalah duit, comfirm berkoyan bawa pulang.
![]() |
| Jersi bola...Senegal punya pun ada |
5. Bahagian makanan, selalunya terletak berhampiran dengan kedai makan Mak Jah dan rumah Alumni UTM. Kawasan itu khusus untuk makanan tempatan. Kalau nak cerita tentang air minuman, memang dah bermacam-macam warna.Juadah makanan pula dari yang ringan seperti keropok sehingga paling berat seperti sup tulang ada dijual. Kalau kena dengan masa, ada juga diadakan Festival Makanan Thailand. Jadi, kalau nak ubah selera, boleh singgah ke festival tersebut.
6. Selain, jualan makanan, di Fesko ni ada dianjurkan konsert artis-artis Malaysia. Salah satu tarikan yang menyebabkan ramai penduduk sekitar JB akan ke sini. Penyanyi seperti Hafiz Suip, Ruffedge, Haqiem Rusli pernah menjejakkan kaki di sini untuk menghiburkan peminat mereka. Kalau nasib baik, boleh ambil gambar dengan mereka lebih dekat. Jika tidak, dari jauh pun sudah memadai.
![]() |
| Ada tempat permainan kanak-kanak |
7. Secara keseluruhan, penganjuran Fesko dapat membantu kedua-dua pihak, penyedia tapak dan peniaga. Peniaga tidak perlu bimbang kerana sepanjang Fesko, tidak pernah terjadi, tiada pelanggan yang tidak datang singgah, Secara kasar, jika ada pengalaman di sana, kita boleh mengagak tapak-tapak kedai yang hendak dituju. Tambahan pula, ada ruang untuk solat dan tandas, ia menjadi kelebihan untuk Fesko ini.
8. Walaupun begitu, masih terdapat beberapa tambah baik yang perlu dilakukan pada masa akan datang. Salah satunya adalah penyediaan tapak perkir yang lebih sistematik. Jelas, para pengunjung akan memakir kenderaan mereka sehampir mungkin dengan tapak jualan tidak kira di mana-mana ruang. Selain itu, pengurusan sisa sampah perlu dititik beratkan kerana ketika melalui kawasan jualan makanan, bau-bau yang kurang menyenangkan pasti muncul. Perkara ini akan menimbulkan rasa kurang senang terutamanya kepada pelanggan kedai makan.
9. Selain itu, terdapat beberapa kawasan di rumah Alumni perlu ditambah dengan tiang-tiang lampu kerana terdapat kawasan gelap yang menyukarkan pengunjung untuk ke sana. Begitu juga dengan masalah yang bertakung dan longkang yang ditutup dengan besi. Kawasan yang gelap menyukarkan pengunjung untuk mencari kereta yang diparkir.
10. Perkara ini sudah berlarutan dan hapir makan tahun. Bagi pengunjung yang 'hampir' mungkin boleh berada di situ lama-lama. Bagaimana bagi yang hadir dari jauh? Apakah persepsi mereka yang kali pertama datang? Mungkin Fesko yang 'besar' akan dianggap 'menyusahkan'. Semoga akan berlaku tambah baik pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.




Comments
Post a Comment