Cerita Hari Kanak-kanak
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Bermula persediaannya, 2 minggu yang lalu, selepas selesai peperiksaan akhir tahun. Perbincangan dan mesyuarat antara guru serta pembahagian tugasan untuk sambutan ini telah ditetapkan. Yang paling awal bergerak adalah bahagian persembahan. Latihan dilaksanakan setiap hari. Jika ada kelas ganti, pasti guru yang membimbing akan mengambil murid-murid ini, maka kedengaran suara-suara dan bunyi-bunyi alat muzik. Persediaan yang lain-lain mulai beransur-ansur bergerak sehingga 24 jam sebelum acara berlangsung.
2. Dalam sebuah sekolah yang kurang bilangan warganya, semua guru saling membantu, memenuhkan 'lubang' kosong dalam tugas. Perasaan 'memahami' amat penting demi mencapai matlamat iaitu 'keseronokan' dalam menjalankan tugas. Tidak bererti bilangan guru dan murid kurang, kami tidak dapat menganjurkan aktiviti untuk anak-anak didik. Tidak dapat buat dengan 'gah' tapi mengikut baju sendiri lebih baik daripada 'meniru-niru'. Apa yang penting, kami kecil tapi kami ada.
3. Pagi yang agak suram, awan mendung muncul merisaukan guru-guru. Andai kata hujan, pasti sambutan ini paling menyedihkan untuk anak didik lebih-lebih lagi yang tahun 6. Beberapa hari sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan rendah, biarlah ada kenangan indah di sini. Untuk memendekkan masa, kami hanya membuat aktiviti pemanasan badan rutin sahaja. Tiada senamrobik atau berdansa. Selesai, murid-murid ke dataran sekolah untuk aktiviti permainan. Permainan yang agak mudah, tapi bagi guru, ia penting untuk melihat daya mampu tubuh, minda dan emosi murid dalam aktiviti fizikal.
![]() |
| Acara sukaneka murid-murid |
4. Sementara murid-murid sedang bermain, sebahagian guru membuat 'touch up' untuk persiapan tempat. Di pentas, disusun bunga-bunga dan perkataan 'Tahniah'. Di Photobooth, dihias dengan bunga-bunga kertas dan kad-kad ucapan. Ada juga ruang pameran hasil seni murid-murid bagi memenuhi keperluan kurikulum. Tidak kurang dengan susunan untuk sistem Audio dan meja hadiah. Dalam masa yang terluang dan murid yang berada di lokasi lain, ia memberikan peluang kepada guru untuk menyiapkan persiapan akhir sebelum majlis bermula. Tidak boleh kami memberi alasan 'bilangan sikit' jadi cincai pun boleh.
![]() |
| Pentas sekolah untuk hari kanak-kanak |
5. Hampir jam 9 lebih, aktiviti di dataran selesai. Murid-murid kembali ke kantin sekolah untuk berehat. Juadah hari ini sangat banyak, kuih muih, buah-buahan, lauk-pauk dan lain-lain. Tidak cukup makanan di kantin, makanan yang dibawa sendiri oleh murid-murid turut disanatp, guru atau murid, kedua-duanya riang menikmatinya. Dengan kadar makanan yang banyak, pembaziran pasti akan berlaku. Apa yang penting adalah makan pada kadar sederhana. Amalan sederhana adalah anjuran dalam agama.
![]() |
| Juadah makanan sempena hari kanak-kanak |
6. Sambutan diteruskan dengan majlis apresiasi murid tahun 6. Walaupun apresiasi murid tahun 6, sebenarnya ia adalah penghargaan kepada semua murid yang telah membantu guru sepanjang tahun 2018. Sebagai permulaan, murid-murid mempersembahkan persembahan pentas kepada hadirin. Dengan persembahan instrumental, tarian, dikir barat hingga nyanyian solo. Tidak kra dibantu atau dibuat sendiri, apa yang dapat dilihat, mereka yakin untuk berhadapan dikhalayak ramai. Walaupun ada rasa takut, mereka tetap laksanakan tugasan dengan rasa riang. Ini adalah 'kemahiran lembut' yang berjaya diterap oleh guru-guru di sekolah ini.
![]() |
| Persembahan pentas murid |
7. Bermula acara apresiasi murid tahun 6. Dengan segak dan ayu, teruna dan dara, berjubah pula persalinannya. Satu per satu naik ke pentas menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Berbanding dahulu, untuk menghargai murid, hanya diadakan Hari Anugerah Cemerlang dalam akademik sahaja. Sekaligus, telah demotivasi murid dalam diri khususnya murid lemah dan kurang cemerlang. Peredaran masa menyediakan dua acara berbeza menjadikan ia lebih humanis.
8. Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid pun bermula. Di sekolah ini, kelebihan adalah pada bilangan murid yang sedikit dan kekurangan pada bilangan guru yang kurang. Untuk memastikan guru punya masa yang cukup untuk menyusun murid-murid, tayangan video sangat-sangat membantu. Dengan klip video berdurasi 13 minit, sudah cukup. Walaubagaimanapun, ia agak merisaukan kerana klip video yang lama menyebabkan hadirin berasa bosan. Nasib baik, masing-masing masih enjoy untuk meneruskan aktiviti ini.
9. Secara keseluruhan, penganjuran aktiviti bergabung adalah kelebihan dari segi pengurangan kos dan masa. Guru tidak perlu membuat aktiviti melibatkan bilangan hari yang banyak. Senang ceria, bila habis acara tu, biar penat sekali sahaja. Mungkin penat sedikit kerana 'man power' yang kurang. Tapi dengan kesepakatan dan saling membantu, setiap yang sukar itu pasti dapat diselesaikan dengan baik. Tanpa meniru gaya sekolah lain, sekolah ini berjaya mempamerkan citra tersendiri yang lebih sederhana. Tidak guna ramai guru tapi hanya menjaga tugas sendiri.
10. Dan aspek murid-murid, mereka telah berjaya melaksanakan tugasan yang diarahkan. Sukan dan seni muzik dapat dilakukan dengan jaya. Ia memberikan kelebihan kepada guru dalam menilai murid melalui pemerhatian sikap, motivasi, psikomotor dan emosi. Kejayan membentuk elemen-elemen itu penting bagi menentukan pencapaian dalam pelbagai bidang khusus akademik. Melihat dan mentafsir lalu dianalisis adalah 'big data' untuk guru. Jika guru tidak menggunakan peluang ini untuk melihat keupayaan murid, sudah pasti kita akan terlepas pandang kelebihan pada diri murid-murid. Sekian, terima kasih.
![]() |
| Barisan murid-murid tahun 6 |






Comments
Post a Comment