Dari Bidan Terjun ke Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

1. Segala yang diatur hampir selesai dan ketika itu, saya berjumpa  dengan penyelia untuk semakan terakhir sebelum dibukukan. Enam bab jumlahnya dan hanya sedikit pembetulan dari aspek spacing dan tatabahasa. Entah macam mana, penyelia saya bertanya tentang sesuatu diluar jangkaan saya :- Menyertai seminar antarabangsa anjuran UTM. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati. Pada mulanya, saya berkeberatan untuk menyertai kerana fee penyertaan sebagai pembentang ialah RM400. Tamabahan pula, tarikh pendaftaran dah lepas, mana mungkin dapat saya sertai. 

2. Seminggu masa diambil untuk kata putus untuk menyertai atau tidak. Akhirnya, saya bersetuju atas sebab pengalaman baharu membentangkan kertas kajian. Proses alternatif untuk penyertaan melalui terus kepada penyelaras seminar. Melalui teknologi terkini, kami hanya berhubung melalui emel sahaja. Bermula dengan pendaftaran, bukti pembayaran dan penghantaran artikel. Saya tidak pernah bersua muka dengan pihak penganjur. Apa yang saya risaukan ketika itu ialah isi pembentangan dan menyiapkan slaid pembentangan. 

3. Dipendekkan cerita, selesai pembentangan, saya hanya mendapat lanyard, buku nota, beg dan buku program. Tiada buku prosiding yang dibekalkan kepada para pembentang. Walaupun, rasa tidak puas hati, tetapi saya hanya tidak endahkan perasaan itu kerana apa yang penting seminar tersebut sudah selesai. 

4. Emel pertama hadir pada bulan April, dimana saya menerima emel jemputan. Kertas pembentangan saya telah terpilih untuk dijilidkan dalam jurnal Sains Humanika. Jurnal ini hampir sama dengan prosiding tetapi setiap artikel telah diselia oleh panel bagi memastikan kandungannya mengikut spesifikasi. Rasa gembira apabila kertas saya terpilih tetapi fee untuk penerbitan adalah RM117. Pembayaran perlu diselesaikan segera jika berminat untuk diterbitkan. 

Emel pertama jemputan penerbitan

5. Emel kedua muncul pada bulan yang sama  untuk maklumat pembayaran. Apa yang menarik sepanjang proses ini ialah saya hanya berhubung dengan pihak sekateriat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sahaja. Di universiti yang terkemuka seperti UTM, mereka kerap menganjurkan seminar-seminar seumpama ini dengan melibatkan para mahasiswa. Mereka diajar untuk bergerak secara independant tetapi masih berpandu. Kemahiran berhubung, mengurus seminar dan lain-lain dapat dibentuk dan dilatih bagi menyediakan diri mereka dengan pasaran kerja. 

6. Bulan Julai, saya menerima emel yang disertakan dengan tiga dokumen. Dua dokumen daripada panel penilai dan satu dokumen perjanjian. Berdasarkan kedua-dua respon panel penilai, mereka berpuas hati dan artikel saya layak diterbitkan dalam jurnal tersebut. Borang perjanjian perlu diisi dengan kadar segera dan diemel kepada mereka. 

Emel respon panel dan dokumen perjanjian.

7. Untuk pengetahuan semua, jurnal Sains Humanika diterbitkan tiga kali setahun iaitu bulan Mac, Mei dan September. Perasaan teruja ini menyebabkan saya kerap  melayari laman web jurnal tersebut dengan harapan saya dapat melihat artikel dalam jurnal saya. Melepasi bulan September, a masih belum diterbitkan, tiada juga respon dari pihak seketariat. Saya berfikir secara positif, jika tidak tahun ini, mungkin akan diterbitkan pada tahun hadapan. 

8. Selang sebulan, saya menerima emel dari pihak penerbitan. Bagi memastikan artikel tersebut memenuhi kriteria, saya perlu melakukan semakan terhadap kesalahan yang ditetapkan. Kesalahan yang dikesan dari aspek rujukan kajian. Dalam kertas penuh, citation pengkaji perlu setara dengan bibliografi yang ditulis pada halaman akhir. Untuk memastikan tiada masalah lain, saya kembali ke UTM untuk semakan akhir bersama penyelia. 

Emel arahan pembetulan.

9. Penghantaran semula tanpa sebarang respon.  Hanya menunggu sahaja mesej daripada pihak seketariat. Seketariat bertanggungjawab hanya sekadar menyampaikan, tapi yang menentukan penerbutan adalah pihak lain. Kadang-kala ada juga saya bertanya kepada mereka, hanya respon perlu tunggu mesej daripada pihak penerbitan sahaja. Tak mengapa, teruskan bersabar. 

10. Akhirnya, pada November, terpampang nama saya dan penyelia dalam jurnal tersebut. Jurnal ini menghimpunkan artikel lain yang terpilih dalam pembentangan yang lalu. Syukur tuhan. Saya turut menulis tajuk artikel dalam carian google dan ia tersenarai dalam Google Scholar dan koleksi e-jurnal yang lain. Akhirnya, saya dapat berkongsi maklumat tentang kajian secara global berkaitan tentang e-pembelajaran di sekolah khususnya sekolah rendah. Semoga ia bermanfaat untuk semua pihak. 

Sekian. terima kasih. 



Comments

Popular Posts