Freeport A'Famosa
Assalamualaikum dan salam sejahtera
![]() |
| Freeport A'Famosa |
1. Freeport A'Famosa, kalau dah sampai Melaka mesti nak ke sini untuk cuci mata. Well, apa benda Freeport A'Famosa ni? Bagi yang belum pernah sampai, tempat ni shopping mall yang menghimpunkan 70 butik sama ada pakaian, akesesori, kasut dan lain-lain. Kalau kat Johor ni, kat JPO la. Freeport ni setingkat je, dan sepanjang laluannya hanya butik-butik sahaja. Tempat menginap yang paling dekat ialah A'Famosa Resort. Kat resort tu pun ada menyediakan perkhidmatan kenderaan dan salah satu destinasinya ialah Freeport.
![]() |
| Tengok tu, free je kalu ke freeport |
2. Baik kalau pergi hujung minggu, kompem penuh parking, alamat memang kena parking tepi jalan. Memandangkan masa pergi tu hari bekerja, so kawasan tu lengang. Kalau ada pun, mungkin penduduk tempatan atau penduduk dari Pulau Sebang atau Tampin sebab dekat je nak ke situ. Tak perlu bayaran untuk parking. Kebetulan minggu ni nak raya Deepavali, so kebanyakan kawasan kat situ dihias dengan beras berwarna dan hiasan-hiasan sempena perayaan tu.
![]() |
| Berapa besar burung ni dia bela |
3. Seperti yang beritahu, kat sini ada 70 butik. Nak melawat semua memang penat, nak beli tak sanggup. So, ada beberapa lokasi je yang saya pilih untuk window shopping. Ok, kalau minat nak beli kasut sukan, kat sini ada butik Nike, Puma, Body Glove, Sketcher tapi bagi runners diaorang akan pergi ke kedai kasut Brooks. Kasutnya memang mahal, paling murah RM500. Tapi, sempena Deepavali ni ada potongan harga sehingga 70%. Kira, kasut yangRM500 boleh dapat dalam seratus lebih je.
4. Kat sini butik-butik dia tak teratur sikit la, sebelah kedai kasut, jual beg tangan, sebelah lagi jual jam. So, kena jalan-jalan sikit lah sebab takut-takut terlepas butik yang nak dituju. Tapi yang syok diskaun tetap ada. Sempat jugak tanya kat pekedai, kalau tak da festive pon masih ada diskaun. Mungkin ini butik, jadi stoknya pun banyak. Jadi juallah harga rendah sikit.
![]() |
| Kan berterabur...boleh kompius mana kedai pergi tadi |
5. Untuk kanak-kanak, kalau nak cari permainan, hanya ada satu kedai je. Kat situ ada jual macam-macam permainan. Kereta kawalan jauh, anak patung, lego semua ada kat situ. Harga pula bergantung pada mainan yang dibeli. Yang menarik, kat sini ada vending machine untuk ambik anak patung untuk harga dua ringgit untuk dua token. Kalau beli, harga biasa RM50. So, jimat la sikit kalu pakai mesin tu.
6. Kalau siapa-siapa yang suka mengambil gambar, ada satu bahagian dalam bangunan itu disediakan kincir angin dan kolam bersama-sama air pancur. Kalau pergi waktu siang, tak berapa jelas sangat berbanding waktu malam. Ada juga jambatan di situ, tapi jangan terjun dalam kolam tu. Cetek sangat!
![]() |
| Banyangkan kalau waktu siang...mesti sendu |
7. Untuk makan, kat sini tak ada food court. Tak taw la kalau tak perasan. Kedai macam kopitiam masih ada. Harga kat sini agak mahal. Jadi, kalau boleh tahan lapar, tahan la dulu. Atau beli air je kat vending machine. Kat situ pun masih ada kiosk-kiosk makanan seperti tealive. Tapi, kalau memang berhajat nak rasa, apa salahnya? Silakan.
8. Overall semua butik kat sini menawarkan pengurangan harga. Kalau tengok kat cermin display kedai-kedai kat sini, poster diskaun pasti ada. Tak banyak, sedikit. Bagi peminat butik-butik seperti ni, destinasi ini harus dilawati. Kadang-kala ada barang tak ada di mana-mana pasar raya. Bolehlah menuju ke sini untuk membeli-belah.
![]() |
| Agak-agak pernah jumpa tak jual barang macam ni? |
Keseluruhannya, Freeport A'Famosa adalah destinasi yang perlu dikunjungi apabila berada di Melaka. Walaupun terletak jauh di Alor Gajah, kita dapat mendapat pengalaman berada di kawasan pusat membeli-belah yang menjual pelbagai barangan berjenama. Tambahan pula, terdapat banyak potongan harga untuk setiap butik. Jadi, kalau ke sana, jangan lupa singgah ye.
![]() |
| RM10...dapat ni je...sabar je la |








Comments
Post a Comment