Hari-hari Akhir Sekolah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. 24 jam berlalu, tanggal 22 November yang lepas. Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2018. Pagi yang agak lembap dek hujan yang turun sejak dini hari. Pagi ini seolah-olah menyambut rasa sedih terhadap hari akhir. Seperti biasa hujung tahun, masa bergerak pantas sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Sekolah masih lengang tanpa warganya. Tambahan pagi yang sejuk ini. Walaupun masa terus bergerak, tetapi terasa mahu berselimut lagi.
2. Seperti rutin hari Khamis pagi dimulakan dengan bacaan Yassin di musollah sekolah. Tapi untuk hari akhir ini, diteruskan dengan ceramah Maulid Nabi. Menyebarkan ilmu dalam bentuk cerita kronologi dengan menggunakan ayat mudah mampu menarik minat murid untuk mendengar pengisiannya. Jika dibuat perbandingan masa dahulu, pembelajaran lebih kepada cerita, komunikasi tanpa ada bantuan teknologi. Satu perkara yang mengarut jika dikatakan produk tanpa teknologi tidak berjaya. Sebelum adanya komputer dan gadjet, ramai insan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Hal ini kerana pada akhirnya kita dapat melihat bagaimana ilmu yang dipelajari digunakan untuk masa hadapan.
3. Teknologi yang ada pada masa kini, jika difahami konsepnya ia adalah medium atau platform yang membantu dalam penyebaran ilmu. Ia adalah salah satu alat dalam pendidikan masa kini yang amat digalakkan penggunaannya. Halaman web seperti Youtube, Facebook dan lain-lain, walaupun dalam sektor media sosial, ia boleh menjadi platform untuk murid belajar. Walaupun dengan maklumat tanpa sepadan, mengakibatkan bebanan maklumat yang boleh menimbulkan masalah lain.
4. Tajuk ceramah berkaitan tentang Baginda. Pada aras rendah dan menengah , pengisiannya lebih kepada biodata, mukjizat dan kerahmatan Baginda ke muka bumi ini. Saban tahun akan diceritakan perkara itu. Ya! Ini adalag konsep pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa mengingatkan kepada kebaikan dalam Al-Asr, adalah perlu walaupun sekecil perkara. Jika hendak bercerita tentang Baginda, ceritanya panjang . Namun kita tidak mendapat cerita tentang bonda dan ayahanda baginda, cerita-cerita yang laku pada tahun yang sama. Apakah peristiwa lain yang berlaku pada tahun 571 Masihi? Mengetahui tentang serangan Abrahah, namun apa yang berlaku ditempat lain? Sudah adakah tamadun-tamaduun lain? Cerita tentang Baginda hanya secebis ilmu yang kita tahu dan masih banyak sejarah yang tidak diketahui.
5. Kehadiran pada hari akhir agak sendu. Walaupunbegitu masih ada kelas yang ahlinya hadir penuh. Ini menunjukkan rasa sayang kepada sekolah, perasaan yang amat guru-guru inginkan dalam diri mereka. Menjadikan sekolah sebagai tempat yang disukaimenjadikan ia tempat untuk dipunyai oleh murid-murid. Menjadikan murid sebagai rakan dan teman adalah pendekatan masa kini yang harus diamalkan oleh guru. Menyulam kebaikan secara halus, adalah ajaran Baginda yang boleh diamalkan. Dengan tamatnya sesi ceramah, maka sedikit masa untuk memberi ucapan dan peringatan kepada murid Tahun 6 2018 yang kelak akan berpindah. Majlis yang ringkas kerana masa untuk berehat hampir tiba.
6. Ketika murid-murid sedang melakukan aktiviti, para guru pula sibuk menyusun dokumen-dokumen untuk menutup tahun 2018. Minit mesyuarat, melengkapkan fail panitia dan RPH adalah perkara fokus. Bagi GPK pula, kesempitan masa hendaklah menghantar dokumentasi my portfolio. Yang Guru Besar pula sibuk membuat dokumen untuk audit akademik. Ketika ini, guru-guru benar menggunakan masa dengan optimum agar bila cuti sekolah, kurang sedikit kerja-kerja dokumentasi. Melihat kepada situasi ini, apa mungkin dapat disediakan platform untuk menyediakan dokumen secara maya tanpa perlu dicetak dan disimpan dalam fail?
7. 2 jam lebih sebelum sekolah berakhir, untuk kali terakhir mereka ke kelas masing-masing, mengurus kelas sebelum pintu kelas ditutup. Kembali guru-guru kelas, memantau aktiviti gotong-royong. Sampah-sampah dibuag, meja dan kerusi disusun elok, tiada lagi maklumat di papan kenyataan, memberi ruang untuk murid lain untuk tahun hadapan. Bagi yang dah selesai, ada yang meluangkan masa bersambung bersama guru dan murid secara santai. Mungkin ketika belajar peluang ini sukar dicari. Jadi, inilah masanya.
8. Tepat jam1 petang, dari dalam bilik ICT yang dingin. Tidak kedengaran suara-suara murid, blik ICT seperti berada di dimensi lain. IA sejuk, suram tetapi internet menjadi teman untuk akses dari sini. Tidak terasa, hilangnya murid-murid dari sekolah, tidak terasa masa berlalu dalam bilik itu. Hanya melihat dari group Whatapps, ada guru yang tidak mahu melepaskan memori sebelum tamat sekolah. Mengambil gambar bersama ank murid. Wajah masing-masing terpancar kegembiraan setelah selesai tugas pada tahun ini.
9. Bagi tahun 6, tahun terakhir mereka di sekolah, hari terakhir di sekolah. Kesempatan ketika murid-murid lain sudah pulang, digunakan untuk bertemu dengan guru-guru yang telah mengajar mereka. Semua dijumpa, bagi mereka yang berada di sekolah ini adalah guru kepada mereka. Sayu, redup wajah masing-masing memohon maaf dan restu sebelum melangkah pergi. Ada yang berharap sekolah ini menjadi sekolah menengah, jadi mereka tidak perlu berpindah. Impian sekadar impian, kenyataan tetap berbeza. Pada hari ini mereka telah belajar tentang erti perpisahan. Ajaran dan pengalaman terakhir mereka dalam kehidupan di sekolah rendah.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
![]() |
| Gambar last dengan murid-murid tahun 6...Semoga jumpa lagi! |







Comments
Post a Comment