I'M A Backpacker : United Kingdom

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Muka depan buku pelancongan ke UK
Tajuk buku : I'M A Backpacker : United Kingdom
Pengarang : Shahkang
Tahun  terbit : 2017
ISBN : 978-967-369-367-2
Penerbit : Puteh Press

1. United Kingdom ini terletak di berua Eropah yang terdiri daripada dua buah pulau yang saiznya lebih kurang dua kali ganda semenanjung Malaysia. Lautan yang memisahkan kepulauan UK dan tanah besar Eropah ialah English Channel dan North Sea. UK sangat sinonim dengan negara kita kera ia adalah kuasa penjajah selain Portugis, Belanda dan Jepun. UK mempunyai empat negara utama iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. UK adalah kesatuan empat negara manakala Great Britain ialah Scotland, England dan Wales.

2. Sepert dalam trip-trip yang lain, perancangan amat pentng bagi memastikan kelancaran perjalanan kita. Di UK boleh dipecahkan kepada tiga kategori tempat lawatan iaitu lokasi wajib, lokasi separa wajib dan lokasi minat. Lokasi wajib ialah lokasi yang wajib kita pergi seperti Bandar London dan Manchester. Bagi lokasi separa wajib iaitu lokasi bagi memenuhi masa lapang seperti Solford Quays dan Lowry Outlet Mall. Lokasi minat adalah lokasi disebabkan oleh minat terhadap sesuatu perkara. Apabila melawat UK, bagi peminat bola sepak sudah tentu tdak melepaskan peluang melawat stadium bola sepak seperti Stadium Old Trafford.

Senarai lokasi untuk dilawati

3. Bagi memulakan satu-satu perjalanan terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Jarak perjalanan ke London mengambil masa 13 Jam dan jika transit, ia boleh menjejak sehingga 20 jam. Ketika di dalam kapal terbang, kita perlu sediakan makanan ringan dan bantal kecil di dalam kabin. Sediakan pakaian salinan jika transit untuk menyegarkan badan kita. Pelancong-pelancong yang melawat UK perlu mengisi Landing Card, bagi mengurangkan masa pemprosesannya, kita digalakkan untuk mengisi di dalam kabin sebelum ke kaunter lapangan terbang. Untuk khidmat telekomunikasi, menggunakan roaming telco Malaysia akan menjadi lebih mahal, lebih berbalai membeli kad sim telco di sini.

Harga makanan yang dijual di UK

4. Bagi destinasi lawatan, terdapat beberapa tempat di bandar yang boleh dilawati. Bandar seperti London, Edinburgh dan Manchester mempunyai tarikan tersendiri. Di London yang merupakan ibu negara England yang mempunyai Big Ben, Piccadily Circus dan Town Bridge. Edinburg yang merupakan ibu negara Scotland lebih bersifat natural kerana ia mempunyai tinggalan sejarah. Kita boleh melawat Edinburgh Castle, Calton Hill dan Arthur's Seat. Setiap destinasi ini disertakan dengan anggaran kos dan itenerari sehari.

5. Selain kawasan bandar, kawasan luar bandar adalah lokasi yang perlu dilawati oleh para pelancong. UK mempunyai banyak kawasan Countryside yang sesuai dilawati oleh para pencinta alam dan mencintai ketenangan. Untuk yang menyukai kawasan tepi laut, Daerah Cornwal adalah lokasi yang harus dilawati terutamanya pada musim panas. Pengunjung boleh melawat kawasan kampung, Cotswold adalah lokasinya. Di sini merupakan kawasan perkampungan Inggeris di maan pengunjung boleh melawat Bourton- on the - Water, Bibury dan Lower Slaughter dan Upper Slaughter. Di UK juga mempunyai taman negara yang perlu dikunjung.

6. UK dan bola sepak, tidak siapa yang boleh menafikan kemasyurannya. Secara umum, benua Eropah sangat terkenal dengan liga-liga bola sepak di negara masing-masing. Tetapi, liga yang paling popular ialah English Premier League (EPL). Untuk mengetahui tentang perihal EPL, ia adalah liga terkaya di dunia yang menghimpunkan pemain-pemain handalan dari seluruh dunia. Kebanyakan pelancong dari Malaysia akan berkunjung ke stadium-stadium khususnya kumpulan Big Four iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Untuk melawat stadium, harga tour bergantung kepada pasukan dan pengunjung boleh melihat tempat duduk pengurus, bilik persalinan dan lain-lain.

Lawatan ke stadium

7.UK adalah negara yang terkenal dengan seni dan sastera. Masyarakat UK sangat menghargai khazanah seni. Bagi peminat filem bersiri Harry Potter, pengunjung boleh melawat Bandar Oxford, Bandar Durham dan Stesyen Keretapi King. Anda juga boleh menonton teater secara langsung di mana-mana panggung teater. Jangan terkejut jika pawagam di UK tidak ramai yang datang. Di UK, ia juga merupakan lokasi penggambaran filem-filem di dunia, Wallaton Hall adalah lokasi pengambaran bagi filem Batman manakala Big Ben adalah lokasi dalam filem James Bond. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dilokasi tersebut. 

8. Terdapat beberapa tempat pilihan yang boleh dilawati oleh para pengunjung. Salah satunya adalah Bandar Universiti. UK adalah pilihan khususnya pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian. Terdapat dua bandar pendidikan di UK iaitu Oxford dan Cambridge. Selain itu, para pengunjung boleh melawat bandar-bandar bersejarah seperti Bath, York dan Chester. Kawasan-kawasan ini dilawati tanpa perlu membuat bayaran. Disamping itu, di UK juga ada taman tema dan muzium yang boleh dikunjungi. 

Lokasi-lokasi percutian di London

9. Secara keseluruhannya, buku ini harus dimiliki oleh rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia gemar memilih UK sebagai lokasi percutian. Dengan perkongsian pengalaman oleh pengarang boleh dijadikan panduan kepada kita sewaktu berkunjung ke sana. Itinerari yang dicadangkan oleh pengarang boleh digunakan bagi pelancong kali pertama atau bukan melalui travel agency. Dengan pelbagai lokasi yang menarik, UK adalah destinasi yang perlu dikongsi oleh kita.

Ayuh kita ke London!

Comments

Popular Posts