MENYINGKAP TIRAI MISTERI ILMU FALAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
![]() |
| Muka depan buku Misteri Ilmu Falak |
Tajuk buku : Menyingkap Tabir Misteri Ilmu Falak
Pengarang : A. Faiz Salbini
Tahun terbit : 2018
ISBN : 978-967-5391-79-8
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
1. Ilmu falak adalah ilmu astronomi yang mengkali tentang peredaran benda-benda langit, khususnya bumi, bulan dan matahari. Sedar atau tidak ilmu ini amat penting bagi melengkapkan ibadah seseorang Muslim. Melalui ilmu falak kita dapat menentukan arah kiblat, waktu-waktu solat, awal bulan Hijrah dan menentukan gerhana bulan dan matahari.
2. Melalui surah-surah dalam Al-Quran, ia amat dekat apabila berkaitan dengan kejadian astronomi. Di dalam Al-Quran diceritakan tentang penciptaan alam semesta dan proses pemisahan bumi dan langit. Kejadian siang dan malam. Sebagai contoh, dalam surah Al-Nahl, ayat 16 berkaitan tentang fungsi bintang sebagai pandu arah kepada manusia. Ayat 5 dalam surah Yunus menerangkan tentang kalender Islam berdasarkan pergerakan bulan. Jadi setiap yang dinyatakan dalam kitab suci sangat berkaiatan dengan kehidupan realiti kita.
![]() |
| Mengenali ilmu falak |
3. Tujuh lapisan langit yang dicipta mempunyai fungsi masing-masing. Lapisan-lapisan tersebuut ialah Trofosfera, Ozonosfera, Stratosfera, Mesosfera, Ionosfera, Termosfera dan Ekzosfera. Semua lapisan ini dicipta untuk melindungi manusia daripada radiasi matahari. Langit juga dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj dimana setiap tingkat langit yang dilawati mempunyai peristiwa tersendiri. Pada langit ketujuh, nabi menerima perintah solat fardhu lima kali sehari kepada Umat Islam.
4. Bintang ialah bebola gas yang terbentuk daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa. Planet pula adalah objek yang mengorbit sesebuah bintang atau sisa bintang yang cukup besar untuk memiliki tarikan graviti sendiri. Perbezaan kedua-duanya ialah planet tidak memancarkan cahaya dan ia kelihatan berwarna mengikut atmosferanya.
5. Waktu dan jam adalah dua perkara yang saling berkaitan dalam kehidupan manusia. Islam sangat menghargai waktu dan peri pentingnya waktu, ramai sarjana Islam mencipta alat untuk mengukur waktu. Terdapat tiga jenis jam yang dicipta iaitu Jam Matahari yang dibina oleh Ibnu Al-Shatir, Rubu Mujayyab oleh Ibnu Asy-Syatir dan Jam air oleh Al-Jazari.
![]() |
| Jam Rubu Mujayyab |
6. Rukyah adalah penglihatan dan diistilahkan sebagai perbuatan melihat anak bulan untuk menentukan permulaan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Pada zaman dahulu, masyarakat memulakan bulan bahawa selepas melihat anak bulan atau bulan sabit yang pertama di ufuk Barat selepas Maghrib. Mereka menggunakan konsep bilangan hari dalam bulan sebanyak 29 hari atau 30 hari.
7. Alam semesta yang dicipta adalah bersifat luas dan keilmuan manusia hanya secebis sahaja. Walaupun manusia mengkaji lapisan bumi, langit, melihat bentuk bumi dan menjejak kaki di Bulan. Rahsia dalam bina sakti masih banyak belum diteroka. Jika kita menonton rancangan dokumentari, pengkaji barat telah melakukan eksplorasi ke planet lain untuk mencari tempat tinggal baharu untuk manusia. Ahli astronomi Belgium telah menemui tujuh planet yang menyerupai Bumi dimana saiz dan jisim serta permukaan muka bumi yang berbatu adalah setara. Ia juga tidak terlalu sejuk atau terlalu panas dan sesuai untuk dihuni oleh manusia.
![]() |
| Penemuan planet baharu |
8. Trivia tentang Bumi :-
- Bumi adalah planet ketiga jauh dari Matahari.
- Jarak antara Bumi dan Matahari adalah 149.6 juta kilometer.
- Bumi adalah rumah kepada jutaan spesis termasuk manusia.
- Usia bumi dijangka 4600 juta tahun.
- Lapisan udara melitupi bumi sehingga ketinggian 700 km.
- Sehari bumi adalah 24 jam.
- Jisim bumi adalah 59760 juta juta tan, luas permukaan ialah 510 juta km persegi.
- Garis pusat bumi ialah sepanjang 12756 km.
- Lebih 2 per tiga atau 70.8% bumi dilitupi air dan 12% daripada kawasan bumi adalah padang pasir, udara bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% wap air, karbon dioksida dan gas-gas lain.
- Puncak tertinggi ialah Gunung Everest dengan ketinggian 8848 m.
- Lautan terdalam mencecah 10,924 m yang terletak di dasar Lautan Pasifik.
- Lautan Pasifik ialah lautan terbesar.
- Tasik tertinggi ialah Tasik Titicaca di sempadan Bolivia dan Peru.
- Tasik terbesar ialah Tasik Caspian di Asia Tenggara.
Secara keseluruhannya, keilmuan manusia hanya mencangkup bumi dan kawasan sekeliling angkasanya. Paling jauh hampir ke Utarid dan paling jauh adalah Pluto. Kita tidak mengetahui adalah terdapat galaksi lain selain Bima Sakti ini. Setiap kejadian alam yang berlaku akan membuatkan kita lebih kuat beribadah dan mengingati kebesaran Tuhan. Walau sebijak mana manusia mencipta teknologi, kita pasti tidak mampu menandingi cipta Tuhan.
Sekian, terima kasih.






Comments
Post a Comment