Misteri UFO dan Makhluk Asing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jangan risau...Bukan cerita hantu
Tajuk buku : Misteri UFO dan Makhluk Asing Sejauh Manakah Kebenarannya?
Pengarang : Ann Wan Seng
Tahun terbit : 1968
ISBN : 978-967-5391-46-0
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

1. UFO ialah singkatan daripada Unidentified Flying Object yang sering dikaitkan dengan Alien. Ia merupakan perkara aneh yang berlaku tanpa seorang pun yang mampu menjawabnya. Ia merupakan rahsia alam semesta yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Bagi kes berkaitaan dengan UFO, banyak pihak menyatakan pernah melihat dan merakamkan kewujudkannya melalui foto, video, ilustrasi dan lain-lain. Ada yang pernah diculik malah menjalinkan hubungan dengan mereka.

Kalau nampak macam ni...mesti UFO..ye ke?

2. Kembali pada zaman sebelum wujudnya kejuruteraan, dua bangunan yang menjadi persoalan pembinaannya iaitu piramid di Mesir dan kuil tamadun Maya di Mexico. Masyarakat Mesir dan Maya tidak memiliki teknologi atau kenderaan berat untuk membinanya. Apa yang menjadi persoalan sehingga hari ini adalah cara bagaimana bongkah yang besar dan berat dapat diangkat dan disusun dengan ukuran yang tepat dan jitu. Segelintir kumpulan beranggapan bahawa kedua-dua masyarakat ini telah menerima bantuan makhluk asing dalam proses pembinaannya. 

Piramid di Mesir

Kuil Maya di Mexico

3. Terdapat beberapa teori UFO yang berkaitan. Ada yang mengatakan bahawa UFO in berasal dari planet lain. Selain bumi, UFO juga hadir dari dalam Bumi di mana pintu masuknya di Kutub Utara dan Selatan. Terdapat juga teori yang dikaitkan kapal UFO yang meletup bukanlah akibat daripada hentaman meteor. Teori ini wujud hasil daripada satu peristiwa di mana pada 30 Jun 1908, para penduduk di kawasan terpencil Siberia melihat satu bola api yang terang di langit dan disusuli dengan satu letupan yang besar. Banyak juga teori-teori lain dikaitkan dengan kehadiran UFO.

4. Prob-prob UFO adalah teknologi angkasa yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi. UFO dipercayai berfungsi untuk menghantar maklumat kepada planet yang menjadi tempat tinggal mereka. Salah satu prob yang kerap dilihat ialah piring terbang yang mempunyai kemampuan untuk terbang pada kelajuan tinggi merentasi ruang angkasa. Perkara ini menimbulkan kebingungan kepada para sainstis. 

Piring terbang..macam mana wujud..semua di luar jangkaan kita

5. Beralih kepada bukti-bukti kewujudan UFO yang menjadi fenomena kepada para saintis dan peminat UFO. Di Mesir, jelas ialah bangunan Piramid yang dikaitkan dengan pembinaannya dengan bantuan teknologi UFO. Perkara yang sama diperkatakan tentang penemuan kuil-kuil Maya dan Inca. Selain itu, terdapat penemuan bat Ica yang ditemui di Lima, Peru. Ia menjadi misteri kerana ukiran pada batu tersebut memberi gambaran tentang kehidupan di zaman silam dan pada masa hadapan. Di pergunungan Bayan Kara-Ula, China telah ditemui sebuah objek menyerupai cakera padat berusia 12 ribu tahun.

6. Boleh dikatakan UFO ini berada di mana-mana sahaja :- 
- Pada tahun 1978, juruterbang penerbangan di antara Wellington dan Christchurch dilaporkan melihat cahaya yang tidak dikenal pasti di Pantai Timur. 

- Pada satu peristiwa gerhana matahari di Mexico pada 11 Julai 1991, beribu-ribu orang menyaksikan kemunculan UFO. 

- Pada 8 Oktober 1981, pada jam 11 pagi, seorang wanita dan keluarga menangkap gambar di sebuah gunung berhampira di Vancouver Island, British Columbia. Selepas gambar dirposes, terpampang sebuah objek berbentuk piring terbing. 

- Pada hari rabu, 7 November 1990, sebuah objek UFO telah mendarat di puncak bumbung 17 tingkat Hotel Intercontinental Bonaventure di Montreal, Kanada. 

7 UFO pernah melawat Malaysia.
- Pada 1 Februari 1951 di Perak, seorang peladang berbangsa Eropahtelah terlihat UFO yang terbang dari Taiping menuju ke Taiping. 

-Pada tahun 1952, UFO muncul di Patani Road, Pulau Pinang. PErkara yang sama pada bulan September 1952 di Seremban dan di Batu Pahat. 

- Pada bulan Mac 1954, ia muncul di Klang dan Pelabuhan Klang di mana UFO yang dilihat berbentuk Torpedo. 

Tengok tajuk...dah warning jangan viral ya.

8.Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus, menyatakan makhluk asing adalah perkara yang tidak mustahil berlaku jika Allah mengkehendaki ia berlaku. Bukan setakat makhluk asing, malahan banyak perkara lain boleh dilakukan olehNya sama ada boleh diterima atau tidak oleh akal. Jadi apa yang manusia lakukan ialah teruskan kehidupan dengan terus beribadah kepadaNya. Kita tidak perlu memikirkan perkara yang di luar batas pemikiran kita sehingga melalaikan perkara utama dalam kehidupan.

9. Dengan teknologi moden yang diteroka oleh pihak ilmuan seharusnya digunakan untuk mengharmonikan kehidupan manusia dan memberi manfaat kepada kita bagi memudahkan kehidupan kita. Di dunia, masih banyak perkara yang perlu dikaji dan diteroka untuk memastikan kehidupan makhluk di muka bumi ini kekal stabil tanpa perlu mengorbankan kehidupan dengan darah. Mengkaji sesuatu diluar pemikiran akan membebankan pemikiran kita dan kita sendiri tidak mengetahui adakah UFO ini bermanfaat untuk kita atau tidak?

10. Manusia adalah makhluk terbaik dicipta Tuhan untuk mentadbir alam. Dengan akal yang dikurniakan, seharusnya kita berfikir secara rasional tentang setiap yang berlaku dalam kehidupan kita tanpa menolakkan ketentuan Tuhan. 

Sekian, terima kasih. 

Manusia mempunyai akal yang membezakan kita dengan makhluk yang lain.



Comments

Popular Posts