SEMINAR PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Seminar Pendidikan Khas

1. Berdasarkan kajian, penagih dadah di Malaysia, sebahagian daripada mereka memiliki sejarah sebagai murid-murid pemulihan yang mempunyai kekurangan dari aspek linguistik dan kognitif. Linguistik adalah kemahiran bahasa yang mewujudkan komunikasi dan memahami mesej yang disampaikan. Kognitif adalah keupayaan minda untuk menjana pemikiran secara kritis dan kreatif. 

2. Kekurangan keupayaan ini menyebabkan murid-murid sentiasa rendah diri dan sering dijadikan 'alat' bagi mereka-mereka yang berkepentingan. Mereka akan direkrut oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Rangsangan negatif yang diterima pada awal usia menyebabkan kesan buruk terhadap masa depan mereka. 

Bunting Seminar Pendidikan Khas

3. Usia kanak-kanak pada 7 tahun awal merupakan period paling penting kerana murid-murid memiliki kekuatan kognitif yang lebih baik. Bagi merangsang kognitif murid, bermain adalah terapi otak yang baik kerana ia melibatkan aspek kognitif, visual dan kinestatik. Ia adalah fitrah kanak-kanak untuk bermain. 

4. Emosi murid perlu dijaga dan apa jua paksaan akan menyebabkan mereka melawan. Walaupun kebanyakan murid, tidak mampu menjawab atau diberi ruang oleh guru untuk berkongsi, ia tetap akan mempengaruhi emosi murid. Perkara ini menyebabkan mereka cenderung untuk tidak yakin terhadap tindakan mereka. Emosi yang baik akan mempengaruhi perkembangan kognitid dan tingkah laku mereka. 

5. Guru perlu mengubah cara pengajarah supaya lebih bersifat holistik iaitu memberi penumpuan lebih dari aspek kemahiran dan nilai humanis. Pembelajaran masa kini yang tertumpu kepada sistem gred dan markah menyebabkan tekanan kepada guru dan murid. Kegusaran yang kerap berlaku dalam kalangan murid ialah takut dimarahi kerana tidak melepasi KPI guru. Kegusaran yang berlaku dalam kalangan guru ialah menggunakan pendekatan menekan supaya mereka lulus. 


Sebahagian peserta seminar

6. Pada pihak ibubapa, seharusnya tidak perlu mempunyai sentimen malu jika anak-anak terlibat dalam program pemulihan. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih yang sentiasa menilai perkembangan murid dari aspek kognitif, fizikal dan mental. Mereka merupakan konsultan untuk menyampaikan maklumat kepada doktor-doktor untuk tindakan lanjut terhadap perluan khas mereka. Setiap saranan guru perlu dipertimbangan untuk kebaikan anak-anak. 

7. Terdapat sebahagian kes ibubapa yang tidak mahu bertindak dan bersifat 'menafikan' saranan guru. Keadaan ini akan memudaratkan perkembangan mereka pada masa akan datang. Kegusara ini disebabkan oleh 'rasa takut' tiada tempat dalam masyarakat atau dipandang 'hina' oleh komuniti. 

8. Pemikiran itu harus dirasionalkan kerana di Malaysia terdapat banyak pusat khusus untuk pendidikan khas. Pusat-pusat yang disediakan utnuk melatih kemahiran murid dan asa komunikasa bagi membolehkan mereka bersedia untuk menghadapi komuniti kelak. 

9. Penerapan elemen keagaan juga perlu disampaikan kepada mereka dengan lebih mudah, ringkas dan jelas. Kekurangan elemen ini menyebabkan mereka akan merasa 'jauh' daripada tuhan dan lebih teruk jika mereka menyalahkan takdir atas kekurangan yang dianugerahkan kepada mereka. 

10. Masyarakat sekeliling harus mempunyai pandangan yang lebih matang dan menilai secara analitik. Cara komunikasi yang berhemah terhadap mereka amat penting supaya tidak timbul konflik dalam diri mereka. Kegagalan masyarakat mengubah paradigma ini akan menyebabkan mereka dipandang serong yang akhirnya setiap usaha adalah sia-sia. 

Sekian, terima kasih. 






Comments

Popular Posts