Teknologi Hijau Di Sekolah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Dalam dunia serba canggih, gajet adalah peralatan yang mudah untuk dimiliki. Berbanding zaman dahulu, harga bagi sebuah telefon bimbit boleh jejak ribuan ringgit dan kad sim juga mahal yuran daftarnya. Hari ini, kepelbagaian jenama telefon bimbit serta pelan-pelan telco yang murah adalah kelebihan bagi generasi masa kini. Ia adalah hasrat kerajaan dalam menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang terbuka, luas dan pelbagai maklumat. Di samping gajet-gajet, komputer yang jual juga boleh dibeli dengan harga rendah malah mendapat pemotongan cukai.
2. Dengan internet, teknologi Cloud turut disediakan oleh beberapa laman web dan enjin pencarian. Yang paling terkenal adalah Google Drive yang menyediakan ruang simpanan 15 GB secara percuma. Terdapat pakej berbayar bagi menambah saiz simpanannya. Teknologi ini muncul seawal tahun 1996 adalah sebuah platform untuk berkongsi sumber melalui Internet. Melalui Cloud, kita boleh mengakses maklumat didalamnya, di mana-mana peranti dengan Internet. Perkara ini sekali gus mengurangkan storage local disk dalam komputer kita.
3.Pengetahuan tentang teknologi hijau masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Penggunaan bekalan elektrik, kenderaan mahupun pembangunan menjadi gangguan terhadap sumber semula jadi negara. Kejadian bencana alam yang berlaku salah satu puncanya adalah penerokaan alam tanpa perancangan. Selain itu, mentaliti masyarakat yang terbiasa dengan budaya lama amat sukar untuk dihakis dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang perkara ini.
4. Salah satu usaha dalam mempromosikan teknologi hijau adalah menyerapkan modul teknologi hijau dalam silibus matapelajaran di sekolah bermula daripada peringkat pendidikan rendah. Dengan melatih guru-guru secara khusus dalam bidang ini adalah mencukupi dalam proses pengajaran. Di sekolah, Kelab Alam Sekitar diwujudkan bagi pelaksanaan yang menjurus kepada inovasi bahan kitar semula. Terdapat juga aktiviti yang melibatkan pihak luar seperti Simposium Karbon Rendah dan Cabaran Ecolife diperingkat pendidikan rendah. Walaubagaimanapun, dengan kekurangan sebar luas dan maklumat, pelaksanaannya kurang mendapat sambutan khususnya pihak guru dalam menyumbang buah fikiran terhadap aktiviti ini.
5. Secara umumnya, di sekolah guru akan menggunakan kertas bagi menyediakan pelbagai lembaran kerja, surat menyurat dan dokumen. Secara hardcopy dokumen difailkan mengikut keperluan sekolah. Fail yang sediakan perlu disimpan untuk 5 tahun sebelum proses pelupusan . Perkara ini secara tidak langsung telah berlaku pembaziran sumber iaitu pokok-pokok. Bilangan murid ramai, semakin banyak penggunaan kertas. Tidak cukup dengan kertas, penyebaran maklumat melalui aplikasi dan media sosial turut digunakan. Bagi fail-fail, ia perlu disimpan bagi tujuan tertentu. Jika dihimpinkan, ia sangat banyak bagi sebuah sekolah. Tidak terbayang bilangan dokumen dari setiap sekolah seluruh Malaysia jika dikumpul.
6. Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan khususnya dengan pelaksanaan VLE di sekolah. Sedar atau tidak, VLE telah disertakan dengan aplikasi Google Drive yang membantu pengajaran dan pembelajaran. Dengan memindahkan dokumen didalamnya, dan boleh dikongsi, guru-guru secara tidak langsung telah mengamalkan teknologi hijau dalam pentadbiran pengajaran guru. Walaubagaimanapun, mentadbir dokumen di dalamnya harus dirangka dengan teliti supaya tidak berlaku pertindihan maklumat. Pentadbir dokumen harus memastikan dokumen boleh diakses tanpa perlu banyak rintangan dari laman web. Oleh itu, pentadbir dokumen dan storan perlu berkepakaran dan mahir tinggi dalam pelaksanaannya.
7. Bagi mentadbir dokumen, bermula dengan fail tahun semasa harus dipecahkan kepada bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum. Dalam fail bidang pula, guru boleh mewujudkan fail mengikut bidang kerja guru merujuk kepada ketetapan buku pengurusan. Sebagai cadangan, dokumen minit mesyuarat dan laporan aktiviti panitia perlu diisi dalam fail tersebut atau dokumen-dokumen yang kerap digunakan. Fail surat-menyurat juga boleh diwujudkan mengikut bidang kerana rata-rata surat dari KPM, JPN atau PPD disalurkan melalui laman web masing-masing. Melalui Google Drive, guru-guru tidak perlu mencetak dokumen tersebut, hanya perlu berkongsi dengan pihak ketiga.
![]() |
| Cadangan pelaksanaan Google Drive |
8. Bagi murid-murid, pemberian nota dan latihan secara atas talian mungkin sukar dilaksanakan kerana kekangan masa untuk menyusun kandungannya. Jika ikut aturannya, untuk membina bahan harus berpandu kepada model pengajaran. Sebagai cadangan, nota-nota boleh diletakan dalam halaman VLE sahaja. Latihan masih perlu diberi secara handout atas tujuan pemeriksaan buku rampaian. Tidak 100% penggunaan, tetapi kita dapat mengurangkan pemberian nota untuk ditampal dalam buku. Jika mereka hendak membuat ulangkaji, hanya akses masuk ke halaman VLE melalui gajet masing-masing. Ia sangat mudah!
9. Pelaksanaan ini dibuat atas sebab kadar penggunaan kertas yang banyak khususnya dalam urusan guru-guru dan murid-murid. Ia masih tidak terlepas daripada maslaah kedua-dua pihak. Pada pihak guru, VLE adalah halaman yang tidak mesra alam malah ia juga mengambil masa yang lama untuk mengakses masuk ke halaman Google Drive. Pentadbiran halaman yang kurang cekap akan menyukarkan pencarian dokumen di dalamnya. Kekangan masa bagi mentadbir dokumen menyebabkan guru memilih kaedah lama. Pada pihak murid, masih ada murid yang hadir dari latar belakang yang miskin, jadi kemudahan gajet masih tidak digunakan dan ia memberi kesan terhadap pencapaian murid jika nota dan latihan diberi 100% secara atas talian.
10. Dalam mencapai hasrat teknologi hijau, terdapat banyak usaha lain yang boleh dilaksanakan. Peralihan daripada pemberian handout kepada dokumen maya memerlukan perancangan dan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira kekangan pihak guru dan murid. Intervensi perlu diadakan dengan tindakan segera jika berlaku asalah kerana ia melibatkan eviden-eviden bagi pemantauan.
Sekian, terima kasih.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/364955/silibus-teknologi-hijau-dalam-kssm
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sukatan-teknologi-hijau-menjelang-2020-1.575227
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/kesedaran-teknologi-hijau-masih-rendah-1.729413
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
https://www.google.com/search?q=cloud&oq=cloud&aqs=chrome..69i57j69i60l3.1604j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.ppdpgudang.edu.my/muatturun/2018-11-12_telegram-cloud-document-5-6287262239313362998.pdf
https://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=myusoffza.155
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/364955/silibus-teknologi-hijau-dalam-kssm
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sukatan-teknologi-hijau-menjelang-2020-1.575227
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/kesedaran-teknologi-hijau-masih-rendah-1.729413
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
https://www.google.com/search?q=cloud&oq=cloud&aqs=chrome..69i57j69i60l3.1604j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.ppdpgudang.edu.my/muatturun/2018-11-12_telegram-cloud-document-5-6287262239313362998.pdf
https://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=myusoffza.155


Comments
Post a Comment