I'm Backpackers : France
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Perancis merupakan salah satu negara dalam benua Eropah yang paling terkenal di dunia. Pada tahun 2014, seramai 83.7 juta pengunjung yang datang ke negera tersebut. Terdapat banyak sebab ramai yang datang ke sana antaranya bandar-bandar di sini mempunyai sebahagian besar dari khazanah unggul di Eropah. Selain itu, luar bandarnya unik dan makmur, sentiasa dipelihara dengan baik. Ia juga dikenali sebagai nama 'Heksagon' kerana ia berbentuk enam segi dengan keluasan sebanyak 550,000km per segi. Ia adalah negara ketiga terbesar selepas Rusia dan Ukrain. Paris adalah ibu negara yang menampung hampir 12 juta penduduk.
2. Sejarah negara ini bermula dari zaman Perancis prasejarah dan berakhir ketika era Perancis moden. Pada era Raja Monastari, berlaku perubahan sosial penduduk, asimilasi antara penduduk telah melahirkan bangsa Frankish. Perang 100 tahun antara Inggeris dan Perancis menunjukkan kemenangan Perancis, menandakan berakhirnya tempoh ketidakstabilan yang panjang. Ketika ini, England meninggalkan secara pemilikan di sana setelah menandatangani Treaty of Picquincy (1475). Zaman era Perancis moden berlangsung selepas tahun 1950-an, rakyat Perancis beralih dari sektor pertanian kepada sektor industri. Banyak projek yang dilaksanakan yang mendapat pujian rakyat antarabangsa.
3. Perancis adalah negara empat musim yang berlaku disebabkan oleh fenomena equinoks dan soltis. Fenomena equinoks terhasilnya musim bunga dan luruh manakala soltis menghasilkan musim panas dan musim sejuk. Dalam buku ini, dinyatakan suasana setiap musim dan persekitaran serta masa berlakunya musim-musim tersebut. Selain itu, disertakan sekali aktiviti yang boleh dilakukan. Disamping itu, disertakan panduan pakaian epat musim di sana yang memerlukan kepekaan kita sebelum berlepas. Bagi setiap bulan, di Perancis ada banyak aktiviti yang boleh disertai sebagai pengalaman.
4. Untuk menuju ke Perancis, terdapat tiga cara yang boleh dipertimbangkan iaitu melalui udara, darat atau laut. Laluan laut adalah paling jarang kita dengar pada hari ini. Kalau dahulu, atuk-atuk kita yang hendak mengerjakan haji akan menaiki kapal untuk ke sana. Untuk masuk melalui jalan laut, perlu melalui empat sempadan laut iaitu Selat Inggeris, Lautan Atlantik, Laut Maditerraniean dan Pulai Cesila. Pembelian tiket semua laluan tersebut boleh dibeli melalui atas talian mengikut laman web masing-masing. Bagi yang duduk lama di Perancis, menjelajah menggunakan kereta sewa adalah kenangan yang unik. Perlu melalui pelbagai prosedur sebelum dan selepas sewaan. Kalau boleh, elakkan daripada terlibat dengan kemalangan supaya tidak berlaku apa-apa selepas kejadian.
5. Dalam bab seterusnya diterangkan tentang persediaan untuk ke Perancis. Tempoh perjalanan ke sana mengambil masa 12 jam. Keistimewaan di sini, pelancong dari negara kita tidak perlu memohon visa untuk berada di negara Eropah kerana mendapat kelulusan 'visa on arrival'. Perancis telah mengamalkan perbelanjaan secara 'Cashless' tetapi harus bersedia dengan wang tunai jika melancong di luar bandar. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah keselamatan diri dan kecemasan kerana kawalan keselamatan di sana amat ketat. Dapatkan nombor-nombor kecemasan terlebih dahulu dan elakkan daripada di scam oleh orang sekeliling.
6. Dalam bab terakhir ini, pengarang menceritakan tentang lokasi-lokasi yang boleh dituju dan acara-acara yang boleh disertai oleh para pengunjung. Antaranya adalah Paris, Bordeux, Lyon dan lain-lain. Di sini juga ada taman tema seperti Disneyland Park, Ke Puy du Fou dan lain-lain. Diterangkan tentang keistimewaan setiap tempat, cara ke sana serta tip-tip ketika berada di sana. Bagi kaki shopping, turut disertakan lokasi serta masa operasinya. Sediakan duit, pasti semuanya beres.
7. Secara keseluruhannya, buku ini lebih kepada panduan dan tindakan apabila melancong ke sana. Ia menerangkan banyak perkara yang teknikal berkaitan dengan pergerakan seperti kenderaan yang boleh digunakan, tempat penginapan dan lain-lain. Apa yang berbeza dari buku-buku lain adalah cadangan itenerari dan kos mengikut cadangan pergerakan. Oleh yang demikian, para pengunjung perlu membuat carian secara atas talian atau bertanya dengan rakan-rakan yang pernah ke sana. Jika dilihat dari buku ini, tidak banyak lokasi yang dinyatakan.
8. Apa yang boleh ditambah baik adalah memberi tumpuan terhadap lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi dengan memberi fokus kepada cara pergerakan, senarai lokasi dan kos perbelanjaan. Ia penting bagi pelancong khususnya backpackers. Selain itu, penguasaan bahasa setempat juga penting, dengan adanya aplikasi alih bahasa, ia boleh diketengahkan oleh pengarang. Dalam buku ini turut dinyatakan tentang khidmat pos dan mel, topik ini juga penting jika kita menetap lama di sana. Bagi pelancong, penggunaannya agak kurang dan lebih mudah menghantar sesuatu melalui email.
9. Buku ini adalah buku rujukan pengetahuan umum kepada para pengembara. Maklumat dalam buku boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang hendak ke sana. Dengan peka terhadap semasa dan aktiviti yang ada ada dalam buku ini, ia akan menjadikan perjalanan ke sana lebih lancar dan tenang. Penerangan teknik yang meluas dan terbuka, ia boleh ditambah baik dengan senarai itenerari perjalanan secara kasar. Dengan memfokuskan perkara utama untuk pelancong, sudah tentu perjalanan ke sana lebih bermakna.
Sekian, terima kasih.

![]() |
| Perancis...agak-agak macam bendera mana ye? |

| Musim-musim di Perancis |

| Kedutaan Besar di Perancis |
6. Dalam bab terakhir ini, pengarang menceritakan tentang lokasi-lokasi yang boleh dituju dan acara-acara yang boleh disertai oleh para pengunjung. Antaranya adalah Paris, Bordeux, Lyon dan lain-lain. Di sini juga ada taman tema seperti Disneyland Park, Ke Puy du Fou dan lain-lain. Diterangkan tentang keistimewaan setiap tempat, cara ke sana serta tip-tip ketika berada di sana. Bagi kaki shopping, turut disertakan lokasi serta masa operasinya. Sediakan duit, pasti semuanya beres.
7. Secara keseluruhannya, buku ini lebih kepada panduan dan tindakan apabila melancong ke sana. Ia menerangkan banyak perkara yang teknikal berkaitan dengan pergerakan seperti kenderaan yang boleh digunakan, tempat penginapan dan lain-lain. Apa yang berbeza dari buku-buku lain adalah cadangan itenerari dan kos mengikut cadangan pergerakan. Oleh yang demikian, para pengunjung perlu membuat carian secara atas talian atau bertanya dengan rakan-rakan yang pernah ke sana. Jika dilihat dari buku ini, tidak banyak lokasi yang dinyatakan.
![]() |
| Bangunan apa tu? Cuba teka |
8. Apa yang boleh ditambah baik adalah memberi tumpuan terhadap lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi dengan memberi fokus kepada cara pergerakan, senarai lokasi dan kos perbelanjaan. Ia penting bagi pelancong khususnya backpackers. Selain itu, penguasaan bahasa setempat juga penting, dengan adanya aplikasi alih bahasa, ia boleh diketengahkan oleh pengarang. Dalam buku ini turut dinyatakan tentang khidmat pos dan mel, topik ini juga penting jika kita menetap lama di sana. Bagi pelancong, penggunaannya agak kurang dan lebih mudah menghantar sesuatu melalui email.
9. Buku ini adalah buku rujukan pengetahuan umum kepada para pengembara. Maklumat dalam buku boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang hendak ke sana. Dengan peka terhadap semasa dan aktiviti yang ada ada dalam buku ini, ia akan menjadikan perjalanan ke sana lebih lancar dan tenang. Penerangan teknik yang meluas dan terbuka, ia boleh ditambah baik dengan senarai itenerari perjalanan secara kasar. Dengan memfokuskan perkara utama untuk pelancong, sudah tentu perjalanan ke sana lebih bermakna.
Sekian, terima kasih.
![]() |
| Citer apa ini? |

Comments
Post a Comment