Nur One Homestay @ Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Percutian seharusnya menjadi satu event yang mesti, wajib bagi setiap keluarga selepas penat lelah bekerja sepanjang tahun. Tidak kira bersama keluarga atau berdua, tidak kira di dalam atau luar negara. Apa yang diharap adalah kepuasan dalam menikmati cuti hujung tahun ini. Dan salah satu perkara yang diambil perhatian adalah penginapan. Kalau tidak menginap ni, komfem penat. Tetapi, penginapan ni kena ikut kemampuan masing-masing.

2. Jadi untuk penginapan yg bersama kumpulan keluarga yang ramai ialah homestay sebagai pilihan. Menyewa sebuah rumah pada kadar RM150- RM200 yang memuatkan 2 atau 3 Keluarga amat berbaloi. Berbanding menginap di hotel untuk bilik yang besar memerlukan kita membayar lebih daripada RM 250. Ruang yang luas sebesar rumah ini membolehkan kita melakukan aktiviti seperti di rumah dengan bebas.

3. Untuk kali ini, jika ke Melaka khususnya di Alor Gajah, homestay untuk diinap adalah Nur One Homestay. Lokasinya terletak di Taman Air Pasir Perdana, sebuah perumahan baharu di sini. Persekitarannya masih berhampiran dengan kampung-kampung membuatkan kita berasa segar walaupun berada dalam kawasan perumahan. Jenis rumah adalah teres setingkat, corner lot yang boleh memuatkan dua buat kereta pada satu-satu masa.

4. Saiz rumah ini 20×65, mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Seperti biasa masterbedroom ada bilik air dan 2 bilik air berkongsi di luar. Ia fully furnish, mempunyai pendingin hawa di ruang tamu dan di bilik master bedroom. Ruang tamunya berkongsi dengan ruang dapur. Tetapi ada border iaitu almari untuk peralatan memasak.

5. Setiap bilik tidur disiapkan dengan sejadah kecil dan sepasang tuala mandi. Sabun dan lain-lain perlu dibawa sendiri mengikut keperluan masing-masing. Setiap bilik ada almari untuk simpanan baju atau barang-barang penting ketika di sini. Bagi yang hendak iron baju, jangan risau. Tak perlu bawa iron sendiri kerana ia disediakan bersama dengan iron board.

6. Ok kita bergerak ke dapur homestay. Kat sini ada dua jenis dapur iaitu dapur elektrik dan dapalur gas. Kelengkapan memasak seperti periuk, rice cooker, sudip telah disediakan. Kalau pinggan dengan cawan tu, bilangan tak banyak. So, stand by siap-siap kalau ramai ahli yang menyertai trip kita. Baju pula kalau tak nak bawa banyak pun tak mengapa sebab di situ juga ada mesin basuh.

7. Dari homestay ni, kita boleh bergerak ke Bandar Melaka atau ke Jasin melalui short cut yang ada. Tetapi, kena jaga keselamatan semasa memandu kerana banyak tempat yang tiada lampu jalan. Kalau terlalu laju akan menyebabkan perkara yang tidak diingini. Untuk laluan pula, merancang perjalanan harus dilakukan dahulu dan lakukan rujukan melalui google maps.

8. Keseluruhannya, homestay ini wajar dijadikan lokasi penginapan untuk keluarga yang ramai. Keadaan sekeliling yang bersih dan selesa, ditambah dengan kemudahan-kemudahan yang baik akan menjadikan penginapan kita lebih selesa. Pergerakan perlu dirancang dengan baik supaya pergerakan kita tidak terbatas.

Sekian, Terima kasih

Comments

Popular Posts