Panduan Bina Semula Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tajuk Buku : Panduan Bina Semula Negara
Pengarang : Rafizi Ramli & Eric Lee
Tahun Terbit : 2017
ISBN : 978-967-15084-0-4
Penerbit : CPI Research Sdn Bhd.
![]() |
| Panduan Bina Semula Negara |
Tajuk Buku : Panduan Bina Semula Negara
Pengarang : Rafizi Ramli & Eric Lee
Tahun Terbit : 2017
ISBN : 978-967-15084-0-4
Penerbit : CPI Research Sdn Bhd.
1. Buku ini berkisar tentang panduan dalam membina semula negara dari aspek ekonomi negara. Menurut pengarang, Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka yang membenarkan rakyatnya bebas berjual beli dan memiliki harta. Situasi di Malaysia berbeza dengan negara-negara baarat kerana kerajaan mempunyai peranan besar dalam perniagaan. Di dunia ini, hanya sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi tertutup iaitu Korea Utara. Urusan jual beli dan peniagaan ini wujud tertakluk kepada beberapa perkara yang ditentukan oleh kerajaan.
2. Pengarang menyatakan keterdedahan ekonomi negara yang tinggi kepada dasar dan keputusan kerajaan bermakna banyak masalah yang berlaku dalam pentabiran. Keberhutangan yang berterusan untuk menampung perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ironinya seperti menerima gaji sebanyak RM2000 sebulan dan berbelanja sehingga RM3000 serta menambah hutang dengan pihak ketiga yang memerlukan pembayaran semula beserta faedah-faedah. Situasi itu berlaku, dalam negara ini. Untuk mengatasi masalah ini, penghapusan subsidi dilakukan yang tujuan asal sebagai pengawal kenaikan harga barang dan melindungi golongan berpendapatan rendah dari harga barangan atau perkhidmatan turun naik secara mendadak.
![]() |
| Rajah perbandingan Hasil X Perbelanjaan X Hutang |
3. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai rakyatnya membayar cukai bagi menambah pendapatan dan mengimbangi hutang yang semakin membesar. Namun, kegagalan pelaksanaan dan projek menyebabkan hutang tetap naik dan belanja membayar faedah telah memotong peruntukan yang lain. Sebagai contoh, RM100 digunakan untuk membayar feadah hutang setiap bulan, telah memotong perbelanjaan barang yang bernilai RM100. Paling malang apabila harga barang yang naik,ia tidak seiring dengan kenaikan gaji pekerja.
4. Kenaikan gaji tahunan sewajarnya mempunyai dua jenis kenaikan gaji. Yang pertama, kenaikan gaji secara prestasi kerja yang dilaksanakan bagi menggalakan pekerja lebih baik bagi mencapai hasrat syarikat iaitu keuntungan. yang kedua adalah kenaikan gaji bagi mengimbangi kenaikan harga barang. Kenaikan ini perlu diberikan oleh majikan setiap tahun. Sebagai contoh, harga gula pada tahun 2016 ialah RM2.00 dengan gaji RM 3.00 yang membolehkan pekerja mempunyai baki perbelanjaan sebanyak RM1.00. Namun, jika tiada kenaikan, jelas tiada baki perbelanjaan apabila harga gula meningkat kepada RM3.00.
![]() |
| Kadar penganguran |
5. Satu persoalan yang muncul, mengapa gaji rendah?Terdapat banyak punca dan dua punca yang berkait antara satu sama lain adalah Malaysia wujud sebagai tapak perkilangan serantau tetapi menyediakan peluang kerja kemahiran rendah dan kurang daya teknologi. Pada awalnya, rakyat Malaysia dapat bekerja dan bergaji, namun ia tidak mencukupi mengikut perubahan semasa. Perkara ini menyumbang kepada punca seterusnya iaitu membenarkan majikan membawa pekerja asing masuk bagi mengisi kekosongan kerja. Menurut laman web kementerian dalam negeri, terdapat enam sektor yang membenarkan kemasukan tenaga asing. Keperluan kepada tenaga asing berlaku dimana-mana negara, namun ia mempunyai syarat iaitu apabila pekerja tempatan tidak berkemahiran atau tidak mencukupi bagi sesuatu pekerjaan.
6. Pendidikan di Malaysia beralih kepada penumpuan menyediakan tenaga mahir dan tenaga profesional bagi mengisi lapangan bidang kerja di Malaysia. Dengan menyediakan modal insan penting bagi mengekang kebergantungan kepada tenaga asing apatah lagi membenarkan pengaliran wang ke luar Malaysia. Kebanyakan syarikat lebih berfokus kepada kos buruh rendah semata-mata, ia terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi antarabangsa sehingga risiko perkerja dibuang kerja lebih tinggi sejak kebelakangan ini.
7. Idea-idea perubahan yang sering menjadi cakna minda rakyat ialah cara menyekat penyelewengan wang rakyat, menguatkan institusi kerajaan agar lebih tegas menolak campur tangan politik dan pembaharuan politik, kebimbangan kedudukan hubungan kaum dan agama. Namun, keutamaan adalah meletakkan reformasi dasar tenaga kerja yang menunjukkan kepedulikan kerajaan terhadap persoalan gaji dan peluang kerja. Terdapat tiga reformasi yang diberi perhatian oleh pengarang dan sekiranya diambil pertimbangan ia boleh mengembalikan kedudukan pekerja diisi dengan tenaga tempatan.
8. Idea mewujudkan GST adalah tindakan rasional kerajaan dalam meningkatkan perbendaharaan negara. GST diwujudkan dalam dua senario utama. Pertama, negara yang miskin sehingga tidak banyak perniagaan dan kebanyakan rakyat bekerja tidak bergaji besar. Jika cukai dikutip, maka kemungkinan besar tiada cukai yang diperolehi. Maka, GST wajar dilaksanakan. Kedua, negara yang mempunyai ekonomi yang baik dan rakyatnya bergaji tinggi serta mampu membayar cukai sendiri. Disebabkan cara menghimpunkan cukai yang sukar bagi menghimpunkan pendapatan dan keuntungan, maka GST wajar dilaksanakan.
9. Kesimpulannya, dalam membina semula negara, kita perlu berfokus kepada sektor tenaga manusia. Dengan menggunakan tenaga tempatan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi, ia dapat mengisi kekosongan yang diisi oleh pekerja asing sebelum ini. Dengan memahami situasi yang berlaku dalam realiti negara dengan pengalaman sendiri, kita dapat mempelajari apa yang harus dilakukan oleh kerajaan dan apa yang perlu dipersiapkan oleh rakyat. Apa yang perlu dititik beratkan adalah mengurangkan atau menutup ruang kepada pengaliran kewangan keluar negara lagi.
Sekian, terima kasih.




Comments
Post a Comment