Cuti...Bukan Cuti-cuti Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Hampir 1 minggu sekolah tutup operasi seluruh sekolah di Pasir Gudang dek angkara tangan durjana yang senang hati membuang sisa toksid di Sungai Kim Kim. Oleh sebab khuatir berlaku lebih ramai pesakit akibat perkara ini, menteri telah mengumumkan cuti sehingga akhir cuti penggal satu pada 30 Mac 2019. Melihat sebagai satu ruang, ramai guru-guru telah mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Ada yang masih dalam daerah kerana pasangan tidak bercuti. Apa-apa pun masih tidak ke sekolah. 

2. Cuti? Apa itu cuti? Kalau ikut istilah ia bermaksud masa yang dibenarkan untuk tidak bekerja. Kalau ikut rasional akal juga begitu. Tapi ia bukan cuti dari hal-hala kemanusiaan. Cuma cuti dari tugas-tugas profesional sahaja. Tafsiran cuti bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Kalau budak, cuti adalah masa untuk bermain dari pagi hingga ke petang. Tidak sentuh oun buku untuk ulangkaji atau membuat latihan. Itu yang biasa. Bagi dewasa, cuti adalah peluang untuk bersantai dari kerja sedangkan dalam pemikiran masih terdetik tugas hakiki yang harus diselesaikan. 

3. Bagi guru, bulan Mac yang selalunya menjadi bulan untuk menilai pencapaian murid bagi penggal 1 telah terbantut dek hal ni. Hal diluar jangka ini bukan sesuatu yang boleh disalahkan tetapi menerima dengan rela. Murid-murid yang hampir 2 minggu tidak belajar, secara normal pasti akan melupakan kandungan pembelajaran, hanyut dengan keseronokan aktiviti-aktiviti lain. Jadi bagi memastikan murid sentiasa ada, maka disarankan untuk menyediakan bahan belajar dalam Frog atau melakukan aplikasi belajar yang lain. Berjela-jela pesan dari Group Whatapps kepada ibubapa supaya tidak melupakan tugasan yang diberi.

4. Mengalih tumpuan dalam grup Whatapps guru-guru sekolah, grup yang dahulunya meriah dengan surat arahan atay membawang hal sekolah kini sarat dengan meklumat tentang hal pencemaran. Sepanjang kelangsungan acara itu, pelbagai gambar muncul seperti gambar sekolah yang terlibat, murid-murid yang dirawat tidak kurang video murid yang terimpak daripada sedutan udara tercemar. Teks pengumuman tidak pernah putus yang ingin mengetahui hal semasa. Sangat pantas! Jika di FB Berita Harian belum keluar, di sini ceritanya bertaraf New York Times atau Bloomberg.

5.Grup guru perpustakaan, grup yang didalamnya rata-rata kaum hawa yang aktif  bergerak. Lelaki memang ada tetapi lebih memilih untuk menjadi penonton. Mereka yang membawang tentang hal sekolah masing-masing akan hal yang berlaku tiba-tiba terpancul  bercerita tentang kerja yang tidak siap di sekolah. Berjela-jela ceritanya. Apa susah, kalau takut kerja banyak siapkan dan datang ke sekolah. Pakai Mask, selesai masalah. Jika takut sakit, tawakal padaNya. InsyAllah selamat semua. 

6. Bila dikenangkan semual, cuti pada mata guru tidak seperti dahulu. Dahulu teringat jika melancong boleh pusing-pusing satu Malaysia! Tiada panggilan telefon untuk tugas kerja sekolah. Maklum dahulu mana ada phone. Sekarang cuti guru, lebih kepada curi-curi masa yang ada. Disusun elok-elok, supaya tugas sekolah dapat selesai awal agar tidak diganggu. Namun, jika takdir Allah ada tugas, terpaksa juga ditangguhkan percutian itu. Yang tak seronok, tarik-tarik muka dan rungutan dari famili atas sebab tugas yang tidak pernah habis.

7. Jika mahu talakan kesalahan pada pentadbir sekolah, itu tidak adil juga. Kerana mereka juga terima arahan dari daerah. Jangan difikir pentadbir ini tiada hati perut, kadang-kala mereka turut berkira-kira untuk memanggil guru-guru ke sekolah sewaktu cuti. Kadang kala perlu hati kering memanggil tetapi jika dirasionalkan elok-elok, dipujuk elok-elok, tarik tali, semua jadi lancar. Tapi tidak dinafikan, pertadbir yang begini amat sedikit bilangannya. Yang ada memerintah serupa raja, gila kuasa, melebih kuah dari sudu. Baru mentadbir sekolah sudah tinggi lagaknya. 

8. Percaya atau tidak guru bercuti akhir tahun sebenarnya bukan sebulan tetapi hanya makan dua minggu sahaja? Ibubapa yang punya pandangan serong guru itu kerjanya mudah, cutinya banyak. Itu adalah pandangan yang sesat. Sesesat ajaran Ayah Pin. Cuti guru tidak panjang sebenarnya. Jika cuti pun, masih hadir ke sekolah untuk selesaikan tugas. Tidak cukup itu, dalam grup Whatapps pun boleh jadi kelas tuisyen supaya murid-murid dapat belajar ketika di rumah. Bayangkan kalau guru-guru ni mengajar di sekolah swasta, boleh naik Ferrari kot. Paling koman BMW. 

9. Jadi sebagai penutup kalam, guru dan cuti serupa tidak bercuti. Sentiasa terus menerus memikirkan tentang hal tugas, anak murid dan dasar pendidikan terkini. Ibu dan ayah yang bekas guru dahulunya berkerut-kerut, kurus dek tugas guru ni. Kini bila pencen, boleh tersenyum malah saiz baju juga tiba-tiba kian besar. Mungkin guru itu, tugasnya selesai bila pencen nanti. Bila pencen? 60 Tahun ya saudara saudari. Nak jadi cikgu? 

12.25 pagi, Railway Station Kluang, 20 Mac 19.

Comments

Popular Posts