Nilai Sekeping Kertas
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Dalam dunia pendidikan, kertas tidak boleh dipisahkan. Di sekolah, pihak kerana akan meletakkan kertas A4 sebagai wanted item untuk mendapatkan bantuan luar. Kalau ada yang mintak 2 atau 3 rim, tu acah-acah buat assignment je tu. Buat tesis pun mahu 4 hingga 5 rim untuk 3 buku hardcover. Sekolah? Formulanya mudah sahaja. Ramai murid, makin banyak kertas yang digunakan.
2. Bila adanya kertas, banyak gunanya kepada guru. Yang paling kerap ialah kertas pengumuman kepada murid. Kenapa pakai kertas lagi? Groupkan ada? Memang ada tapi kalau nak lihat announcement kadang-kadang kena scroll up. Kalau cikgu jenis prihatin, dilayan sahaja kerenah ibubapa ni. Kalau tidak sekali sahaja ditulis. Nak beri kertas pengumuman juga perlu bijak. Ada guru yang rajin dibuat buku khas, ditampal supaya dilihat oleh ibubapa. Jika SKM boleh, tapi kalau muridnya seribu? Memang tak praktikal. Jadi, paling mudah, bagi kertas je lah.
3. Kertas latihan murid adalah yang senang digunakna untuk membolehkan murid membuat latihan. Perlu diingatkan walaupun dunia digital semakin meluas tetapi jurang geografi setiap murid perlu diambil pertimbangan. Tidak dinafikan setiap orang punya Iphone atau Samsung tapi jika kawasan itu tidak punya coverage, maka kertas tetap menjadi ganti. Kadang-kadang latihan yang diberi perlu disusun elok-elok, tidak terlalu banyak, tidak terlalu besar saiznya. Yang penting latihan berbentuk MCQ adalah yang paling baik. Ada yang menyuruh murid menulis karangan. Boleh buat. Tapi, kalau tidak siap, jangan disalahkan pula anak-anak itu.
4. Kertas yang paling banyak digunakan oleh cikgu-cikgu ni ialah soalan peperiksaan. Mastercopy memang cantik siap. Tapi, bila nak fotostat masalah macam-macam yang datang. Tambahan pula yang jarang menyentuh mesin fotostat dan mengharap orang lain untuk buatkan. Kekoknya masih jelas kelihatan. Tambahan ada guru yang acah-acah pandai, pandang serong pada PT sekolah lalu membuat sendiri. Bila salah dibuang begitu saja (Lagu Haqiem Rusli la plak) kertas reject ke tong sampah. Cikgu-cikgu bukan sahaja perlu pandai mengajar, kadang-kala kerja softskill juga harus pandai. Berbeza jika sekolah itu cukup kaki tangan, tiada masalah untuk berharap , pejam mata sahaja kertas siap di meja masing-masing.
5. Tetapi kertas ini nilainya hanya seketika sahaja. Selalunya kertas tidak berguna lagi dikepal, direnyok lalu destinasinya ke tong sampah sahaja. Kadang-kala digunakan separuh sahaja tetapi tetap dibuang tanpa rasa sayang. Jika ditangan anak-anaka, pasti dijadikan mainan. Bola sepak, baling-baling walaupoun kertas itu tidak sampai lagi pada mak ayah. Maka berlaku simptom-simptom tanya-tanya yang tidak berkesudahan. Bila tidak dapat fulus, ibubapa ini mula jadi orang besar, menyerang skolah, ke ppd, ke JPN, jumpa menteri sebab tidak dapat RM100. Tapi, tidak sedar si anak sudah lunyaikan hebahan sebelum sampai. Salah guru lagikah?
6. Biografi kertas ini memang asalnya dari kayu. Akibat permintaan yang kian meningkat walaupun pada masa yang sama kehadiran gajet turut meluas gunanya. Maka sumber bukan kayu telah dibangunkan untuk menghasilkan kertas antaranya tandan kosong kelapa sawit. Jika di India, kertas diperbuat daripada bagas, buluh dan jerami padi pula di China (Nurul huda, 2008). Syukur pada mahasiswa yang rajin mencari jalan dalam menyelesaikan masalaah sejagat. Bayangkan jika semua pokok digunakan lagi, panas amat Malaysia ni tiada pelindung semula jadi.
7. Bagi sesetengah guru, kertas terbuang adalah harta berharga yang tidak harus dipersiakan. Selalunya untuk guru-guru yang sambung belajar. Dikutip kertas-kertas reject yang selalunya sebelah belakangnya kosong. Digunakan untuk mencetak kertas jurnal pengkaji lain bagi menambah isi dalam tinjauan literatur. Kadang kala ada yang menegur buat apa dengan sampah tu? Timbang kati dapat berapa sen sangat. Perit menanah kalau hati tidak tisu. Tapi, nak selamat, wat donno je lah sebab mulut, semua benda jadi binasa.
8. Bila difikirkan semula, kertas bukan sahaja penting dalam dunia pendidikan. Malahan diperingkat tertinggi juga masih bergantung pada kertas. Kertas dianggap tiada nilai bila menjadi sampah. Tapi, kertas dianggap sebagai 'emas' khususnya jika surat-surat penting untuk karier kita. Pada masa yang sama, kita perlu memikirkan langkah dalam menghijaukan dunia dengan cara penggunaan peralatan digital. Inisiatif yang boleh kita lakukan mungkin menghadkan hal-hal bukan rasmi melalui medium penyebaran yang lain. Tidak perlu fotokopi lagi. Lebih praktikal, info dapat cepat dan sekolah tidak terperangkap dek tiada dokumen rasmi.
9. Sebagai penutup, kertas adalah hasil daripada berbatang pohon yang hidup di muka bumi hari ini. Kebergantungan kepadanya telah melahirkan suatu fikrah inovasi dalam memastikan ia sentiasa mencukupi. Menghargai kertas bukan dengan cara melemparkan sesuka hati, menggunaka keseluruhan kertas. Bumi yang hijau tidak perlu lagi acar potong pokok, tetapi penanaman semula agar ekosistem dan habitat haiwan liar sentiasa stabil. Penggunaan gajet bukan semata-mata mahu tahu hal-hal membawang, ia menjadi medium sebaran canggih. Sudah tiba masa memikirkan langkah terbaik agar budaya digital dapat diterapkan dalam sekolah dalam usaha mengahrgai alam sekitar. Sekian.
12.55 tengah hari, Kluang Mall, 20 Mac 2019

Comments
Post a Comment