Belah Filem : Upin Ipn Keris Siamang Tunggal
Assalamualaikum dan salam sejatera
1. Cerita Upin dan Ipin yang pecah panggung di Malaysia. Cerita animasi terbaik yang hangat diperkatakan di muka buku atau di laman-laman blog personal. Maka dengan mulut-mulut bawang yang ceritanya berapi-api serupa pisang goreng, maka ke pawagamlah untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Pernah lalu ke GSC Paradigm Mall 2, 3 kali, tapi waktu tontonnya tidak banyak dan penonton juga tidak ramai. Indah khabar dari rupa? Mungkin sebab waktu itu bukan waktu puncak menonton movie. Saja melihat pada 24 April 2019, Avengers Endgame, bertabahlah sebab semua special room (4DX, Primiere, Atmo Dbox ke apa ke) semua dah sold out!!! Belum 2 minggu tayang kot, dah fully book? Ok, kita fokus pada cerita animasi yang hot hot diperkatakan.
![]() |
| Haa..siapa punya tiket pun x taw...sendiri punya dah ke tong sampah. |
2. Secara ringkasnya, plot bermula di bilik stor rumah Tok Dalang untuk mengemas barangan antik kepunyannya. Pada masa yang sama, teman-teman Upin dan Ipin datang membantu sama. Bila diseru 'Keris Siamang Tunggal' maka keris itu telah membawa mereka ke alam yang lain. Alam itu serupa bumi pada suatu masa yang lalu, ia juga mungkin alam dongeng kerana ada munculnya watak-watak hikayat. Maka bermulalah pengembaraan untuk melengkapkan keris yang ada hulu sahaja. Terdapat beberapa lokasi yang dipaparkan yang akhirnya tamat di Istana Raja Bersiong. Setelah watak jahat tewas, mereka pulang melalui batu belah batu bertangkup kembali ke titik mula cerita tadi.
3. Dalam movie ni, banyak watak-watak cerita dongeng yang dimunculkan semula. Nama seperti Pak Belalang, Raja Bersiong, Mat Jenin, Mak Deruma, Bawang Putih dan Merah adalah nama cerita dogeng yang telah lama tidak didengari pada era 2000. Bagi generasi X dan Y yang dah tahu cerita ni, ada sedikit kelainan yang dipaparkan. Sifat dan cerita masih ada. Sebagai contoh Mat Jenin, masih kuat berangan tapi pada akhir cerita dia menjadi raja kerana dia adalah putera raja! Sebenarnya, dalam versi lain, Mat Jenin adalah seorang hartawan dan mempunyai wilayah pentadbiran sendiri. Mungkin itu bapa Mat Jenin?
![]() |
| Ditipu? Tertipu? Menipu? |
4. Kuasa mistik dan misteri tetap dimunculkan dalam movie ini. Scene berlawan antara raja dan raja bersiong yang kita nampak yang berlawan tu bukan badannya, tapi tombaknya sahaja. Adalah sedikit kuasa sihir digunakan dalam perlawanan itu. Para pengikut Raja Bersiong boleh pulak bertukar rupa jadi reriang. Ini memaparkan zaman dahulu, kuasa mistik sering diamalkan dalam kehidupan orang nusantara. Bukan setakat zaman dulu, zaman ni pun ada yang amalkan lagi untuk buat pedajal kat orang lain. Kalau acah-acah sebagai protection konon, tetap salah, syirik! kerana bergantung pada selain daripadaNya.
5. Kalau nak tengok cerita sedih, humor dan advanture, cerita ni just nicelah. Semua cerita tu ada. Cerita sedih yang jelas nampak 4 scene - ketika Mak Deruma nak maafkan anaknya, Upin dan Ipin rindu pada keluarganya, Si bawang-bawang yang menyesal kerana membuat fitnah adik beradik dan Mat Jenin menuntut bela kematian ayahandanya. Kalau advanture, ok dari mula sampai habis nampak perjalannya sambil diselit dengan unsur humor. Tapi, humor yang dipaparkan oleh Raja Bersiong tidak menjadi dan yang lebih menyerlah budak-budak kecil tu sahaja. Mungkin tidak perlu cerita yang panjang untuk tahu macam mana keris tu kembali bilahnya.
6. Yes, elemen didik hibur ada dalam cerita ini. Dah macam cerita bollywood, ada nyanyian 2,3 scene jugaklah muncul. Panjang liriknya dan mendayu-dayu. Elemen ini yang mencuri masa plot cerita. Cuma tabik sebab buat wayang kulit sedangkan kalau tengok google Pelabuhan Megah tu ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor (Google pun acah-acah hebat). Wayang kulit ni kalau tak ke negeri K, budak-budak memang tak tahulah benda ni. Tak tahulah kalau cerita ni 5 jam, mahu nyanyi dan menari je banyak. Trill??? So-so je lah. Cerita budak-budak katakan.
![]() |
| 5 jam gerudi bollywood...Inul mampu ke? |
7. Selalu kalau kita menonton cerita superhero, selalu perlawanan yang last tu paling mendebarkan. Macam Avengers, Thanos dapat Infinity Stone, snap, terus cerita habis. Boiboiboy pun sama, dapat kuasa, terus habis watak jahatnya. Tiada kompromi dah. Yang ni pulak lain ceritanya. Dah jadi siamang, kuasa kuat kot. Tapi rupanya masih hidup yang si jahat. Nak matikan kena matikan lalat pulak, tak yah tukar pulak. Apa kena jadi macam tu? Kalau gitu baik tak pyah tukar , just bunuh lalat yang terbang tu. terlalu lambat, penontong rasa canggung.
8. Yang menarik dalam cerita ini adalah penyesalan. Air mata memang memainkan peranan dalam cerita ini. Cerita yang memaparkan betapa pentingnya maaf atas setiap perkara yang berlaku. Tetapi air mata dan sesalan itu hanya poker face sahaja? Sudahnya keris boleh jadi alat untuk menuntut bela. Baik, mungkin dapat ditafsirkan bahawa 'dosa' lain boleh dimaafkan. Teapi dosa akibat dibunuh, membunuh, dibunuh adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh banyak orang. Ya, kalau lihat hari ini berapa banyak kes bunuh? Dah ada cukup bukti pun masih tak dapat selesai masalah.
9. Overall, cerita ini just nice untuk ditonton. Tak boleh kata tak best, sebab apa-apa kita perlu sokong dan hargai apa yang telah dicipta. Mungkin, pada mata aku, ada sesuatu yag boleh dibuat dalam storyboard cerita ini pada masa akan datang. Karekter-karekter khususnya pakaian boleh diubah mengikut zaman, kalau buat cerita rentas masa lagilah. Even, cerita superhero lain pun pakaian dah berubah. Mengapa tidak Upin dan Ipin? Adakah ia hanya cerita kanak-kanak kita tidak mampu membuat perubahan. Anyway, banyak perkara yang harus dipertimbangkan dan dikaji walaupun hanya cerita kanak-kanak. Bila mencipta biar berbaloi, dan puas hati bila menonton.
11.12 pagi. Teratak Bonda. ^6 April 2019




Comments
Post a Comment