Kawin? Mudah ke?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Selesai sudah majlis akad nikah sepupu sebelah bapa abang kepada ayahku punya anak lelaki yang usianya 20-an. Temu jodoh di ibu kota Johor, tapi sekampung rupanya. Maka pada mata kita, sudah sekampung, tidak punya masalah untuk pulang rumah siapa dahulu ketika cuti kelak. Kata orang, menentukan giliran raya bagi pasangan suami isteri, memang masalah besar yang kadang kala membawa gaduh besar kalau tidak dirunding elok-elok. Selain masalah raya, banyak perkara dan dugaan lain yang akan ditempoh bagi setiap pasangan. Lain pasangan lain cabarannya.
2. Kawin ni apa? Soalan ini kalau tanya pada budak-budak,disatukan jari telunjuk kanan dan kiri ke tengah. Ya, itulah tafsiran budak-budak. Kalau dewasa, boleh ditafsirkan penyatuan dua jiwa lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Kalau di luar negara, lain pula tafsirannya. Lelaki dengan lelaki, itulah kahwin. Perempuan dengan perepuan juga kahwin. Manusia dengan haiwan juga kahwin. Boleh naik gila kalau tafsiran logik akal manusia. Namun, apa yang kita ketahui adalah sebuah perkawinann harus mengikut aturan agama masing-masing.
3. Kawin ni bukan setakat nak jadi juara dengan kawan-kawan. Tengok awek cantik, dahi licin terus nak tackel malah terus nak jadi isteri, kononnya berjaya menawan hati gadis yang cantik. Boleh bawa ke mana-mana sebab dah halal. Maaf cakap, jika yang teruna itu fikir ke situ, masih mentah lagi pemikiran masing-masing. Mungkin pada kecantikan itu satu bonus sebab sejuk mata melihat. Tapi selepas 10 tahun, bila semua kedut kertas muncul, lemak-lemak badan mula berkumpul, si suami pun mula rambang mata. Kadang kala isteri satu sudah cantik dimata lain, masih berani lagi pasang satu lagi.
4. Kawin bukan setakat menjadi ATM sahaja. Tak kira lelaki atau perempuan. Dah banyak kes berlaku seperti ini gara-gara atas nama cinta. Hey! Cinta tu apa pulak? Cinta itu komitmen sebelah tangan je ke? Ok ATM? Seperti ATM yang fungsinya keluar fulus ketika diperlukan. Caeritanya sama ada lelaki yang mencuri duit perempuan, ada perempuan yang mengikis duit lelaki. Worst of the worst, kalau lelaki, sudah tidak memberi nafkah, lepas itu muka tembok minta duit isteri. Hey! Tak malu ke awak? Perempuan itu kalau meminta duit memang perlu ditunaikan kerana tugasnya dikamar sudah lunas. Maka, lelaki harus memberi ganjaran.
5. Kawin ini bukan setakat menjadi kilang sahaja. Ini selalu berlaku pada mak cik- mak cik bawang yang tengoh sudah pedih mata menangis. Mulut-mulut celaka ini kedang-kala tiada insuran tanya tanpa rasa sesal akan hati laki bini itu. Soalan bila nak ada anak? Berkumandang ketika raya secara umum. Apa kau rasa? Kalau ada gunting mahu sahaja dikoyak lidah-lidah celaka ini. Anak ini rezeki, suami itu rezeki, isteri itu rezeki dan rezeki itu datangnya cepat atau lambat. Rezeki datang bila adanya usaha.
6. Pernah suatu ketika di sekolah agama Johor, subjek munakahat. Subjek yang bikin muka pak wa mak wa ini merah. Kalau tidak belajar sungguh-sungguh pun boleh dapat A. Menurut ustaz, memilih pasangan itu harus pada agamanya yang pertama. Agamanya cantik maka semuanya jadi cantik. Tepi setiap orang agama itu tafsirannya lain-lain. Ada yang anggap agama itu setakat tutup kepala, solat cukup. Ada yang lebih mendalam pakai tudung, berpurdah, lengan panjang, baik tutur kata, baik pemikiran, rasional. Perkara ini sangat subjektif, ada yang nampak baik tapi setannya lebih hebat dari dajal. Nampak biasa-biasa tapi beri kesan pada hidup sesorang. Maka lihat bukan dengan mata sahaja, pakai akal, pakai hati.
7. Mengharmonikan rumah tangga setiap orang itu lain-lain. Tapi asasnya satu-setia. Apa-apa mesti setia. Walaupun lelaki atau perempuan dikelilingnya itu kacak dan cantik.Ia tetap melihat pasangannya. Bagaimana mahu setia? Buat aktiviti sama-sama, selalu bercakap, itu acah-acah kaunselor. Sebenarnya, mengharmonikan rumah tangga sangat luas dan teladan yang baik adalah Muhammad. Sebab itu, bila mahu nasihat rumah tangga, bacalah sirah rumah tangga baginda. Bertanya dengan rakan yang imannya seperti tisu, turun naik, boleh diambil isi, diikuti harus fikir-fikirkn kerana mereka turut berdosa seperti kita.
8. Kepala yang baik, akan harmoni organisasi itu. Kepala yang busuk, akan busuklah semua sekali. Ya, kepala itu adalah suami dan dibelakangnya itu isteri. Caturan keluarga lain-lain, ada yang fokus belajar, ada yang fokus bisnes, semua itu perancangan yang menjadi ikutan anak-anak. Tunjukan yang indah kepada mereka, jangan jadi kepala yang tidak mampu memandu, malah merosakan isteri bukan setakat fizikal malah minda diperlakukan seperti permainan setiap masa. Ini bukan suami, ini bukan lelaki, tetapi jantan yang boleh lakukan pada mana-mana betina kerana 'kehebatannya'. Sudahlah jantan, buat onar dimana-mana. Jangan marah kalau jantan ini mati dek doa-doa orang lain.
9. Akhir kata, berkahwin itu ikut sunnah Nabi. Harus diikuti amalan dan langkahnya elok-elok. Jangan dibiar suka-suka berpasangan tak tentu pasal. Berkahwin itu mudah aturan dan caranya tapi manusia sendiri yang mencoretnya. Salah corak, salah warna ia menjadi buruk dan tidak enak dipandang. Baik corak, betul warnanya, ia menjadi indah dan tidak jemu memandang. Pilihlah mana satu yang kamu mahu, pilihan ditangan anda. Tahniah pada sepupuku Aiep dan pasangan atas majlis perkahwinan minggu lepas. Satu ucapku, selamat datang ke dunia baharu, semoga menjadi suami di dunia dan di akhirat.
9.48 pagi, Laundry Bar Permas, 30 Mac 2019
![]() |
| Tahniah bro! Lain tahun dah ada baby...haha:D |




Comments
Post a Comment